Selamat Datang ke blog saya. Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow juga ye.

Dear Followers

Favourite (:

Salam Semua, aku tau korang semua ada hobi masing-masing kan ? ni nak citer kit pasal hobi aku, aritu kan aku g The Gardens dgn parents aku kn, ktorg singgah kedai buku then aku t'pandang 2 buah novel yg menarik minat aku tau, aku bodek abah aku mintak belikan, HAHA keje menge PAU je aku ni kan..then aritu baru tergerak hati nak baca novel ni, dua buah novel ni tentang citer yg seakan akan sama cuma jalan cerita nya yang berbeza. so inilah hobi aku masa sekolah dulu, balik sekolah jer novel-novel aku hadap dulu sebelum ulangkaji or buat keje rumah, hehe sampai kena rotan dgn abah sbb asik baca novel jerk, dulu time mula-mula masuk upsi aku rajen bwk novel ke hostel, now nk sem sem akhir mmg agak malas nk bukak novel, layan citer korea jer dlm laptop, hihi tp skang aku nak start baca novel balik, tehee...

kisah tentang seorang Cikgu sekolah yang berbadan besar dan tiba tiba seorang Cikgu yang kacak melamar dia menjadi isterinya, ewahhh rasa mcm aku pulak dlm cerita tu kan? hihi..dlm novel ni ada mcm-mcm tipss, bagaimana mahu memilih pakaian utk hari pertama ke sekolah, bagaimana menjadi guru kesukaan anak-anak murid, dan mcm-mcm lagiii..dan yang paling aku suka part Ciri-Ciri Wanita Pilihan Lelaki so mari kita check it out bersama-sama, agak-agak ada tak yg macam korang ? hehe...yang baik jadi teladan yang buruk minta dijauhkan ok ?

1. Menjadi Pendengar Setia
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum Hawa yang suka membangkang.

2. Tarikan Derapan Kasut
Bunyi derapan kasut semasa berjalan dapat menari perhatian lelaki.

3.Jangan Bersolek Tebal
Lelaki tidak suka sekiranya anda memakai solekan yang terlalu tebal. Cukup sekadar kelihatan kemas, bersih dan ringkas. Bak kata orang putih, less is more.

4. Ingat Hari Pentingnya
Mengetahui tarikh hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.

5. Hormatinya
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

6. Jangan Terlalu Kebudak-budakkan 
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakkan.

7. Agresif
Lelaki suka sikap wanita yang agresif.

8.Jangan Terlalu Seronok
Jangan terlalu seronok semasa bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon bagi perkenalan pertama.

9. Jangan Ganas
Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

10. Jangan Terlalu Baik
Jangan menunjukkan anda ini terlalu baik dan sempurna. Lelaki akan merasakan anda seperti seorang yang hipokrit.

11. Jangan Perasan
Jangan perasan anda mempunyai paras rupa yang jelita. Lelaki fikir anda seperti seorang yang menjengkelkan.

12. Sikap Sederhana
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros berbelanja.

13.Sikap Keibuan
Bersikap Keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan. Serlahkan sifat keibuan terutamanya semasa bergaul dengan kanak-kanak.

14. Lemah-lembut
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka. Jangan berkasar dengan mereka daripada segi perkataan mahupun perilaku.

15. Sensitif
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

16. Kenali Dirinya
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat. Nanti mereka fikir anda tergedik-gedik.

17. Jaga Kecantikan
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu !

18. Gaya Kemas
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah pemakaian yang kemas dan gaya langkah yang kemas.

19. Jangan Kuno 
Jangan bersikap terlalu kuno.

20. Sering Bertanya Khabar
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat dapat menarik perhatiannya.

21. Jujur Dalam Tingkah Laku
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.

22. Suka Yang Beragama
Lelaki sukakan wanita yang beriman dan beragama, namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.

23. Tidak Mudah Dipermainkan
Menunjukkan anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.

24. Jangan Tunjuk Lemah
Jangan tunjukkan kelemahan anda semasa berada di samping lelaki yang anda minati.

25. Tunjuk Matang
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang. Ini dapat mengukuhkan lagi perhubungan kalian.

26. Suka Dimanja
Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.

DONE ! ok yang no 26 tu boleh lah buat jika anda sudah bersuami ye, hehe itu kan lebih berkat namanya.  so jom kita check it out lak Ciri-ciri Lelaki Pilihan Wanita , takkan dorang je kan nak pilih-pilih kita so kita pown nak gak apa yang kita suka kan kan ? ciri-ciri ini diatur mengikut perspektif gadis Melayu beragama Islam khusus bagi panduan korang.

  • taat kepada Allah, taat kepada ajaran Rasul.
  • bersifat pelindung dan bertanggungjawab.
  • mempunyai pekerjaan tetap dan memiliki sumber pendapatan tetap supaya dapat menyara keluarga pada suatu hari.
  • bersikap optimis, berjuang dengan bersungguh-sungguh mencapai kecemerlangan dalam hidup.
  • baik kata-katanya, cemerlang perilakunya, lelaki yang jujur dan amanah
  • berani menghadapi cercaan, dan berani menghadapi orang yang mencela (sanggup mempertahankan wanita yang dikasihinya).
  • tahu, faham dan sanggup melaksanakan tanggungjawab.
  • bersifat terbuka, pemaaf dan penyantun.
  • tenang air mukanya, berwaspada dan bijak membuat keputusan
  • sekiranya dia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik.
  • mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
  • kadangkala lucu, pandai mengetahui perkara yang serius ataupun yang dapat diambil ringan
  • sentiasa kemas, bersih dan sentiasa memakai pakaian yang sentiasa sedap mata memandang
  • romantik, tetapi berhati-hati juga dengan lelaki yang terlalu romantik ini. Risau bermain kayu tiga.
  • sebaik-baiknya seorang lelaki yang menjadi suami adalah suami yang berlaku baik kepada isterinya
ok tamat sudah sesi pembelajaran kita pada hari ini, moga ketemu lagi :)