Selamat Datang ke blog saya. Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow juga ye.

Dear Followers

Sunday, June 9, 2013

hatiku berbelah bagi

lamanya tak update belog, rindu sgt dgn baby blog aku ni...mcm biasa lah kan bila ada masalah sini jgk tmpt kita nk story mory...skang aku tgh belah bagi sbb harini keputusan utk Latihan Separa Perubatan under SPA dan KKM...aritu aku g interbiu utk latihan Penolong Pegawai Perubatan Gred U29 dkt ILP, Bukit Katil, Melaka. 

dan nampaknya rezeki memihak kpd aku dan aku diterima utk kursus latihan ni, org kata susah nak msuk government dan yes alhamdulillah akhirnya keputusan ni ternyata menggembirakan mak dan abah, kata mak, merasa jgk salah sorg anak dia kerja dlm bidang perubatan, kata abah, rezeki Allah nak bagi dan mana tahu satu hari nanti boleh tolong sedara mara dan sebagainya, kata kwn kwn aku, untung lah dpt kerja dgn kerajaan, kata kakak aku, ada hikmah aku dpt latihan ni, xsmestinya aku kerja jadik MA aku xley jadik cikgu, dkt hospital2 kerajaan skang ni pon dah byk ada taska dan tadika, cuma perlu bersedia seratus peratus utk memulakan semula pengajian dlm bidang sains dan diploma, kalau yakin boleh bawak...Insha Allah kerja sudah ada di depan mata. Hanya perlu usaha dengan lebih gigih. 

mana taknya sebelum ini aku hanya belajar utk ceburi bidang pendidikan, dan spesifikasi kpd bidang awal kanak-kanak, bila aku masuk Kolej Pembantu Perubatan aku perlu belajar tentang sains, manusia, organ dan ouh MAYAT? ngeee skop aku ni meluas dan sekiranya aku lulus dan dpt posting maka kerjaya aku daripada menjadi seorang guru bertukar menjadi seorang pembantu doktor...macam tak cayer pulak tapi itu laa yang akan terjadi sekiranya aku berhenti belajar di UNITAR.

sekarang aku tgh cuti semester pertama dan sedang menjalani pengajian dlm kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak...hmmm susahnya nak buat keputusan sama ada nak teruskan belajar ataupun berhenti dan masuk Kolej Pembantu Perubatan...please kalau ade siapa2 yg baca boleh tak bg pendapat korang pasal ni? sesungguhnya aku dalam dilema....istikharah istikharah istikharah jalan yang perlu bila kita dalam dilema kan? Ya Allah, tetapkan lah hati aku ini untuk memilih apa yang terbaik demi masa depan ku, AMIN~

No comments: