Selamat Datang ke blog saya. Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow juga ye.

Dear Followers

Sunday, February 17, 2013

tersedar

Baru aku tersedar dari mimpi dunia...bukan mudah kita nk puaskan hati orang lain termasuk parents kita sendiri. Selama 22 tahun aku hidup bernafas dalam dunia ni, aku cuba buat yang terbaik walaupun kdg kdg aku ni malas sikit...haha tapi ntah laa kdg kdg kita dah buat apa yang kita rasa kita patut buat tapi bila ada jek orang tegur mcm kita ni tak pernah buat langsung rasa mcm down lah sikit....ada jek yang tak kena...kenapa ye? Mungkin laa kita rasa kita ni dah terlalu sempurna sampaikan semua mende kita nak perfect. Tapi sebenarnya kita tak sedar yang kita tak boleh nak paksa paksa orang untuk jadik mcm kita.

Ni semua daripada pengalaman aku sepanjang aku menjadi seorang anak, seorang adik, seorang pelajar dan juga seorang sahabat. Bila aku ada masalah aku lebih suka menulis masalah aku sampaikan kdg kdg orang salah faham dengan apa yang aku tulis. Habis tu aku nk luahkan pada siapa? kadang kadang aku rasa mak patut lahirkan seorang adik untuk aku berkongsi apa yang aku rasa. Tapi aku tahu semua tu takkan terjadi sebab aku anak yang terakhir daripada rahim mak. Aku rasa aku lah manusia yang paling tabah dalam dunia....apa yang orang buat pada aku, aku still sabar walaupun kadang kadang aku termarah tertengking bila dah tak tahan sangat. 

Satu benda jek aku nak orang tahu, selagi aku boleh pendam aku akan pendam, selagi aku boleh sabar aku akan sabar dan selagi Allah ada dengan aku selagi tu lah aku akan sentiasa berdoa supaya diberikan kesabaran yang tinggi untuk menjaga mak abah aku, dipermudahkan segala urusan pengajian aku dan menjadi insan yang solehah di dunia dan di akhirat. Tapi manusia ni tak pernah lari dari kesilapan, takde manusia yang tak pernah marah, takde manusia yang tak pernah menangis. Aku cuma berharap suatu hari nanti aku akan buktikan pada mak abah yang aku pun boleh berjaya macam abang dan kakak kakak aku. Doakan aku kawan-kawan :) Moga Allah tetapkan iman kita dan sentiasa berpegang teguh pada agama Islam. Amin~

Nukilan JM

No comments: