Alhamdulillah, ptg td ajak Kema teman g antar borang mintak keje dkt company Khairul & Norbil Sdn Bhd, actually aku mintak keje untuk jadik Guru Tadika dekat Tadika Sri Pintar sebelah company nih, si suami merupakan bos kepada company akaun dan si isteri merupakan bos tadika, kira dorg buat 2 bisnes dlm 1 bangunan dan company tersebut sangat lah dekat dengan rumah aku. hoho so time aku antar borang tu, bos tgh lunch dan bape minit selepas itu dia pggl suruh masuk untuk di interbiu.
Naseb baik pengalaman di interbiu sudah ada dan aku gunakan sebaik mungkin untuk jawab segala soalan yg ditanya Encik Khairul. Dorg ni lebih kepada islamic sikit, dan pada mulanya aku takdelah rase cuak kebebeh sangat tp tetibe dia kata dia nak guru yang boleh ajar semua dan dan dia teruss cari something (buku), aku rasa mcm takot giler ehhh apa laa yang dia nak suruh aku buat ni kan...dlm hati dah berdebar-debar...tak lama tu dia jumpa apa yang dicari iaitu Tafsir Al-Quran (so tak perlu wuduk) dan dia mintak aku bace 3 baris ayat dalam Surah Yasin, pergghhh menggigil terusss suara aku time bace tuu..hehe tp alhamdulillah dapatlah kan.
Dekat sejam gak aku dalam bilik dia, dan akhirnya dia kata guru tadika dah penuh tp ada kekosongan untuk jadik Kerani Akaun, dia tgk sijil-sijil yg aku bwk dan aku mmg saje selitkan sijil LCCI aku tuh..hehe dia pown kata memandangkan guru tadika dah penuh dia mintak aku keje sbg kerani akaun tapi dlm bln 4,5 nanti ada sorg guru tadika bru lepas SPM mybe akan smbung blaja dan aku akan diserapkan ke tadika pulak, so keje aku skang pd kerani akaun dulu bila ada guru tadika yg benti keje aku akan ke tadika pulak, huhuhu seronok jugak kan..at least aku ada pengalaman keje sbg kerani, dan alhamdulillah lepas nih takdelah aku dok besaukan badan je kt rumah before nak sambung degree nanti. hehe bahagia !
Dan lepas Asar td, Kema tlg masak dan aku tolong apa apa yang patut, ktorg masak Ikan Masak Sambal dan aku masak Nasi, malangnya lauk dah sedap dah, nasi yg aku masak pulak bole terlembik sikit, lakk nampak tak yg aku mmg lame da tak masuk dapur??hahaha apa-apa pown thanks byk2 dkt Kema sbb byk tlg aku dan dia jugak lah peneman aku dua malam ni sbb mak abah g Kuantan :( aku tak dpt ikot dsbbkan esok ada test MUET ! argghhh gerammmm ! pada semua orang-orang Johor, di jemput hadir esok ke SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL di SUNGAI ABONG, MUAR sempena Pelancaran Satu Malaysia Satu Komuniti oleh Timb. Perdana Menteri dan Menteri Pelancongan dan menteri apa lg aku taktau..hehe mari memeriahkan lagi majlis pelancaran tersebut, see you guys there :))

0 komen sepenuh hati:
Post a Comment