Selamat Datang ke blog saya. Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow juga ye.

Dear Followers

Saturday, July 16, 2011

Tg.Malim-Kepong-Sg.Buloh

Assalamualaikum ^ _ ^
rasa macam dah lama jerk aku tak update blog
aishh , susah jugak kalau suka sangat nak story setiap kali berjalan-jalan
tapi nak buat macam mana kan , dah memang aku suka nak story dalam blog aku nie
so ada aku kisah korang kisah ke tak ? HAHA~ lantak korang la nak baca ke tak ,
yang penting suka hati aku lah nak citer ape pown dalam nie , lets begin my story yaw !
semalam . aku , ifa & nik merancang ingin menonton citer Harry Potter The Deathly Hallows Part II, 
aku memilih Jusco Kepong sebab jusco tu macam besh jer kan , boleh juga membeli belah segala bagai
ktorg gerak dari Tg.Malim pada pukul 1.55 petang dengan menaiki Kereta Api Tanah Melayu (so skema u!)

seterusnya , kami menaiki teksi ke jusco daripada Hentian Kepong , dengan bayaran sebanyak RM4 sahaja.
then, beli tiket wayang , pada mulanya dorang berdua tu nak tgk citer Flat 3A ,
tapi waktu tidak mengizinkan utk tgk dua cerita sekali harung , jadinya ktorg tgk harry potter jela,
cerita bermula pada pukul 4.30 petang dan berakhir pada pukul 6.30 petang ,
yeah , akhirnya puas hati aku dapat tengok harry potter episod akhir , sangat besh !
i like the ending of the story , harry's son was so cute and hensem boy !
terus aku tak pandang dah harry potter yang sudah meningkat tua tu , HAHA~
ok habis tgk harry potter, ktorg round2 jusco dengan niat ingin membeli sesuatu 
tetapi , bila sudah masuk jusco , mula lah mata rambang sana rambang sini kan
blouse, t-shirt , cardigan , beg , kasut , aiishh saat tu aku terpikir kalau lah aku seorang jutawan
sudah pasti aku beli semua yang ada di dalam jusco ketika itu , HAHA~ devil mind huh ?

selepas solat Maghrib , barulah ktorg amek teksi pergi ke Hentian Kepong dan menuju ke Sg.Buloh
alhamdulillah , Allah permudahkan segala yang dirancang dan ktorg selamat sampai rumah Ifa di Sg.Buloh
ktorg makan malam dengan lauk pauk yang sedap-sedap kemudian menonton Anugerah Planet Muzik
tengah malam tu, kak long Ifa yang baru balik dari kerja terus ajak ktorg pergi Uptown Kota Damansara
wahh, seronok jugak jalan tengah-tengah malam nie kan , nasib la duit aku dah habis pergi jusco petang tu
kalau tak , memang dah macam-macam agaknya aku beli dekat uptown tu , barang semua cantek cantek wo!
balik rumah Ifa, ktorg tengok citer 3,2,1 Cinta dekat laptop kak long dekat hall atas rumah Ifa
baring la ramai-ramai atas tu , aku , Ifa , Eman (adik Ifa) , Kak Long dan Nik 
tapi Ifa dgn Nik awal2 lg dah surrender , dorang tido dulu ,
sementara aku , Eman dgn Kak Long setia menonton sampai pukul 4 pagi ,

pagi tadi bangun pagi , siap kemas barang -barang dan ready untuk pulang
tapi mak Ifa suruh tunggu dia habis masak dulu , mak dia bagi bekal dekat ktorg
ktorg gerak dari Sg. Buloh pukul 12 lebih dan tiba di Tg.Malim pukul 2 lebih 
apa-apa pown aku nk ucapkan trimas banyak-banyak pada Ifa sekeluarga !

NEXT 

sila lihat gambar comel kami di bawah ini ya . sekian .






mood hari ini , lebih selesa hidup bertiga = )


No comments: