Selamat Datang ke blog saya. Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow juga ye.

Dear Followers

Sunday, July 31, 2011

Syukur dapat bersama dengan Ramadhan lagi




Assalamualaikum semua :) , seperti yang kita tahu dan pasti, esok bakal menjelma lagi bulan Ramadhan Al Mubarakah kepada semua umat Islam. aku bersyukur alhamdulillah kerana masih bernafas di bumi Allah yang indah ini. besar maknanya kerana aku masih mampu lagi mengerjakan ibadah puasa. aku ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian, petang tadi aku bawa abah pergi ke rumah sahabatnya iaitu Ustaz Ali, juga merupakan guru agama yang sering mengajar abah di surau dan masjid. aku ingat lagi , dulu aku ada ikut abah dengan mak beraya di rumah ustaz ni, tapi ketika itu aku masih bersekolah, jadi masih tidak mengenal lagi erti kejiwaan dalam diri. 

Banyak yang abah borakkan dengan ustaz , dan antaranya adalah tentang solat, puasa, dan juga para penghuni yang bakal mendiami Syurga Allah. Di sini, aku ingin berkongsi serba sedikit dengan para pembaca, ustaz telah menerangkan bahawa terdapat antara empat golongan yang akan memasuki Syurga, Pertama adalah orang yang membaca Al-Quran, Kedua adalah orang yang taat kepada suaminya, Ketiga adalah orang yang menjaga lidah, Keempat orang yang menjaga kemaluan. Di saat itu, aku sangat-sangat terkedu dengan hujah dan ceramah yang ustaz berikan. Terasa diri ini amat kerdil dalam pengetahuan tentang agama Islam. Banyak perkara yang aku lakukan tanpa rasa bersalah. Ya Allah, terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan selama ini. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa hambaNya yang lemah ini. Sesungguhnya aku akui iman aku terlalu rapuh Ya Allah. 

Saat ustaz menjelaskan lagi tentang golongan yang ketiga iaitu golongan orang yang perlu menjaga lidah. Kita perlu menjaga kata-kata yang dikeluarkan daripada mulut kita ni, jangan mengatakan sesuatu yang boleh menyakitkan hati orang, paling utama adalah jangan mengumpat orang. Mata, telinga, mulut, tangan, kaki semuanya boleh menjadi baik dan boleh juga menjadi jahat. Mata jika baik adalah dengan memandang muka mak dan ayah, dapat pahala, pandang muka isteri dan suami juga mempunyai pahala, jika jahat adalah dengan mengintip orang mandi, dan sebagainya, telinga jika baik, mendengar Al-Quran, jika jahat mendengar lagu-lagu yang tidak sepatutnya, lagu-lagu yang tidak membawa makna keislaman, mulut jika baik , membaca Al-Quran, jika jahat menyanyi, minum arak dan sebagainya, tangan jika baik, memberi sedekah, menolong orang-orang susah, jika jahat mencuri,merompak dan sebagainya, kaki jika baik pergi ke Masjid, pergi ke majlis-majlis ilmu dan sebagainya, jika jahat menari sana dan sini, pergi ke kelab malam dan sebagainya. 

Masuk pula kepada golongan yang keempat iaitu golongan orang yang menjaga kemaluan, orang yang menjaga inilah yang akan taat kepada suaminya, yang akan memberi segalanya sekiranya dia sudah mempunyai isteri/suami yang sah, jika tidak maka terjadilah seperti sekarang kes-kes pembuangan bayi merata tempat, ustaz kata tadi, dia mendapat berita bahawa lebih 1000 anak gadis yang telah melahirkan anak luar nikah, Masya Allah, sangat-sangat lah takut bila aku dengar berita itu. Semoga Allah memelihara aku daripada perkara-perkara yang mengaibkan itu. Amin. 

Seterusnya, malam tadi lepas solat Terawih di dalam bilik, aku terus teresak-esak menangisi segala apa yang pernah aku lakukan dulu. Sungguh tidak terbilang rasanya dosa yang telah aku lakukan dulu, moga-moga di bulan Ramadhan ini, dapatlah aku berubah ke arah yang lebih baik lagi. Insyallah, aku bermohon kepada Mu, Ya Allah, lindungilah aku dan para umat Islam di atas bumi Mu ini, sesungguhnya Kau Maha Melindungi sekalian umat Islam. Amin. Selamat Menyambut Bulan Puasa semua, jangan tinggal puasa ye ^_^ .

2 comments:

Edy Zaidi said...

selamat berpuasa..:)

MixS aNa said...

selamat berpuasa jugak =)