Selamat Datang ke blog saya. Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow juga ye.

Dear Followers

Wednesday, July 13, 2011

ku pendam sebuah duka =(

Assalamualaikum pembuka entry ini , hari nie rasa rajen pulak nak menarikan jari jemari di atas keyboard laptop, update segala rasa yang dipendam selama ini. macam nie la aku, bila ada masalah , segalanya aku luahkan di blogger. mungkin ini saja tempat untuk aku meluahkan segalanya. sudah tiga hari bilik aku di rumah sewa lengang, kami mempunyai perselisihan paham, mungkin juga sebab mulut aku yang terlepas kata duka, tapi semuanya ini hanya untuk menyedarkan dia saja, kami tiada niat untuk boitkot segala perbuatan dia, cuma rasa tidak manis dengan kelakuan dia sejak akhir-akhir ini. mungkin masa aku menegurnya tidak kena pada masa yang tepat. itulah orang kata, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya . 

ditambah pulak dengan masalah broadband yang ada di tangan aku sekarang . sungguh aku tidak tahu kesilapan aku sehingga berlakunya pertukaran broadband di antara aku dan dia . ye , mungkin salah aku kerana tiba-tiba broadband itu di block sebab tidak bayar mengikut masa yang ditetapkan tetapi tidak perlulah menengking suka hati memarahi aku . boleh je kan jika tanya elok-elok ini tidak, terusnya marah aku macam aku lak yang block broadband tu. aku terpinga-pinga sewaktu dimarahi di dalam talian semalam. aku bukan nak cakap apa la , banyak sangat yang telah aku korbankan untuk dia, mana nak pikir pasal assgment, mana nak pikir pasal kelas , sumpah demi Allah, aku ikhlas menolong dia. tapi tolongla paham , keadaan aku disini. sedih hati aku bila kena marah macam tu. aku sanggup tinggalkan diskusi hanya untuk sampai ke sana membantu dia tapi apa yang aku dapat hanyalah kemarahan yang bukan terjadi disebabkan oleh aku sendiri. mengalir air mata ini , hanya Allah saja yang tahu. sungguh hati aku tidak lah sekuat mana. :( maafkan aku sekiranya aku selalu menyusahkan dia , aku hanyalah manusia biasa yang sering melakukan kesilapan .

No comments: