Selamat Datang ke blog saya. Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow juga ye.

Dear Followers

Monday, July 25, 2011

Dilema tempat praktikal

Assalamualaikum semua . yay ! hari ini last aku di rumah abg , esok aku, mak & abah akan pulang ke Muar. tetapi bukan itu yang sedang aku fikirkan sekarang , yang sedang berlegar dalam kepala hotak aku sekarang ini adalah tempat praktikal untuk aku dan kawan-kawan aku seramai empat orang lagi. hari tu aku sudah cari satu taska di Presint 9, Putrajaya . tetapi terlalu ramai pula yang mereka ambil sehingga kan kami macam dah takde tempat nak praktikal. jadinya aku telah mengambil keputusan untuk mencari taska lain sahaja. satu hari aku pulun cari taska mana yang masih ambil pelajar untuk praktikal. dan akhirnya aku jumpa dua buah taska , dan taska pertama masih di Putrajaya iaitu di Presint 15, manakala lagi satu di Menara PJD,JKR. OMG ! sukacitanya dua dua buah taska itu menerima kami semua untuk praktikal di situ dan sekarang ini aku sudah pening kepala tidak tahu mana satu ingin ditolaknya. 


mengikut iklan di dalam web, Taska Temanku di Menara PJD itu baru dibuka dan memang memerlukan pengasuh serta guru taska, tempat tinggal juga makan diberikan. itu adalah satu benefit sekiranya kami semua memilih taska ini. selain itu, taska ini berdekatan dengan LRT Titiwangsa juga Monorail , dan Stesen Bas Pekeliling. senang sikit aku nak balik kampung kan? ambil lrt ke Bandar Tasik Selatan , tetapi bila difikirkan , menara itu betul-betul di tengah-tengah Bandar Kuala Lumpur, aku sudah risau tentang bahaya kami jika tinggal di sana. ok fine, banyak sangat tengok cerita triller, menyebabkan aku suka fikir yang tidak-tidak. tapi bila difikirkan semula, aku lebih suka memilih taska ini kerana taska ini masih baru dan jarang sekali taska dibuka di tempat kerja seperti ini. mungkin peluang itu terbuka luas untuk kami. tapi aku suka dengan bangunan menara ini, nampak elegan dan smart , orang mesti tak sangka di dalam menara ini mempunyai sebuah taska dan tadika.


seterusnya adalah Taska Vonad ini juga telah menerima kami semua tetapi aku tidak tahu adakah kami diberikan tempat tinggal dan makan. tetapi owner taska ini sangat baik dan sudah mempunyai pelbagai pengalaman dalam bidang asuhan dan didikan awal kanak-kanak menyebabkan aku rasa macam rugi pulak kalau aku tak memilih taska ini. tetapi bila difikirkan tentang transport dan tempat tinggal membuatkan aku berbelah bahagi. sekarang ini, aku hanya mampu memohon kepada Allah semoga segala urusan tempat praktikal ini dipermudahkan. semoga apa yang kami pilih nanti adalah yang terbaik daripada Allah. AMIN.

2 comments:

Shahswan Nizam said...

selamat membuat keputusan~better pilih tempat yg boleh menjamin pekerjaan..hehe..

MixS aNa said...

haha beria kau ye wan,

pape pown, thanks yaw !