Selamat Datang ke blog saya. Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow juga ye.

Dear Followers

Friday, June 24, 2011

saya di Putrajaya :)

Assalamualaikum semua :) yeee...hari nie aku berada di Putrajaya. HAHA~ motif asik dtg sini je kan? korang pown sure da bosan asik dgr aku cite pasal Putrajaya jer. yelah , now aku sedang giat latih anak-anak murid kakak aku menari. sebab pertengahan bulan 7 nanti, akan diadakan pertandingan tari menari antara prasekolah di sekolah-sekolah sekitar Putrajaya. tujuan aku nak update nie, aku nk citer sikit pasal perjalanan aku daripada Tanjung Malim ke Putrajaya. Hari Khamis malam aku bertolak ke sini, lepas jer kelas En.Usop pukul 7.15pm tu Ifa antar aku ke KTM, pakcik kt kaunter tu bersungguh suruh aku beli tiket ETS, yang laju daripada KTM biasa. aku pulak mmg just pikir nak cepat sampai jerk umah kak ude, so terus beli tiket. tak lama tu, ETS pown sampai, dan naik lah aku first time benda alah tu. agak jakun tapi still ley cover cun lagik. hehe..aku berbuka puasa di dalam ETS jer, dalam pukul 8 lebih cmtu, aku sampai di KTM, Kuala Lumpur. first time gak aku turun KL, selalu benti paling koman pown dekat KL SENTRAL jer.

aku dah risau dah, cmner nak ke seberang jalan kan..ouh aku ikot seorang mamat nie, rupanya kena naik jejantas..HAHA~ nampak tak? aku macam blur2 kan? ok fine. so, aku tunggu lah dekat area PELABUHAN KLANG, signboard tertulis di atas tiang. yang peliknya, aku macam cuak gak sebab tak nampak signboard SEREMBAN. eh dalam hati aku dah rasa lain jer. pastu dekat kul 8.50pm, tren ke SG.GADUT sampai, lagi lah aku cuak kan, dalam hati aku ckp r, SG.GADUT nie ke mana ek? tapi still tak rasa nak bangun ke ape ke kan..duduk jelah situ, sampai pulak tren ke RAWANG, BATU CAVES, PELABUHAN KLANG. aku pown dah rasa yg aku patut g tanya kaunter, aku tanya kakak kaunter tu, SG.GADUT ke mana ek? akak tu ckp ke SEREMBAN, sekali ada BANNER BESAR dekat sebelah kaunter tu yang menunjukkan bahawa tren ke SEREMBAN/ SG.GADUT. ok fine ! lagi sekali jannah telah menunjukkan kecuaian beliau. 

aku terus gerak ke depan pas ckp time kaseh dkt akk tu, sekali aku jalan ke depan rupanya ada signboard SEREMBAN. eh dah kenapa jannah kau macam sengal-sengal ubi kan? haha aku pown tukar la tempat tunggu dekat situ. dah r aku sorang pompuan time tu, lelaki lak ramai semacam kan..tak lama tu nasib ada makcik nie duduk sebelah aku. takde la rasa takot sgt. tetibe ade satu kete api pendek benti depan ktorg. kete api yang angkut2 barang tu. aku mcm ternampak driver tren tu tgk aku semacam. aku pown beliakkan lah mata nak tgk. gelap pulak kawasan gerabak tu. so aku buat2 tak nampak jela yg dia tgh tgk aku. tak lama lepas tu, tren ke BATU CAVES dtg lg, aku tgk org2 indon dok berlari2 sbb nak kejar tren tu, punya lah laju dia lari, aku pown tergelak r kan. dah mcm org giler lak gelak sorg2. terus aku tutup mulut, pastu aku dok menguap lah, keruk2 kaki, betul2kan tudung, tibe2 kete api pendek tu nak teruskan perjalanan, aku tgk la semula driver hensem dlm gerabak tu, blh pulak dia lambai tgn dekat aku kan, aku apa lg, senyum la kat dia. HAHA~ dalam takot2, sempat jgk aku menggatal kan. 

tepat pukul 9.25, tren ke SEREMBAN sampai, dan aku pown naiklah koc wanita yg wane pink tu. ahhhh lega hati sebab dah masuk tren. aku turun dekat Bandar Tasik Selatan, dan beli tiket ERL ke Putrajaya pulak. sempat gak aku carik Surau sebelum ke landasan, tapi bila aku masuk tgk surau tu xde org dan sunyi pulak tu, aku terus batalkan niat sbb takot tak khusyuk. (takot der) hehe dan akhirnya pukul 10 lebih, aku sampai ke Putrajaya, kak ude amek, ktorg lepak mamak jap. aku order Nasi Goreng Pataya dengan Roti Canai dua keping. punyalah kebulurkan, sempat minum Minute Maid jer buka tadi. dah dapat makan nie, aku melantak ler habis habisan. orang belanje kan...HAHA~ so end of the story, pengalaman la jugak sebab first time g putrajaya naik ETS.  

citer untuk hari Jumaat pulak, aku busy melayan anak sedara aku, Hadi dgn Hariz. ktorg duk rumah jer, sebab ada hari terbuka dekat sekolah dorg, kak ude pown sibuk bg report card pada parents anak-anak murid dia.so, aku ditugaskan menjaga budak dua org nie. malam pulak, ktorg lepak umah kak mar, tgk Maharaja Lawak Final, perghhhhhh SEPAH menang weh. sumpah besh ! kelakor giler wa ckp lu. hehehe tahniah SEPAH. sambung esok pulak. babai semua.

No comments: