Selamat Datang ke blog saya. Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow juga ye.

Dear Followers

Monday, June 20, 2011

riang ria hari Jumaat

Assalamualaikum to my dear friends and family , today i want to talk about how we spend a little bit time to update our blog. HAHA~ kalau nak merepek macam tu , pergi makan kerepek jela ! tetibe lak nak cakap bi kan, mengarut sgt tu jannah. tajuk entry aku kali nie mcm nak sambut hari raya pown ada gak , tapi memang takde kena mengena pown dengan hari raya , just nak bagitau korang semua , semester lima nie aku ingat kalau empat subjek jerk boleh la aku nak berehat sikit dan bersuka ria tapi assgment semakin mencabar anak minda dan anak tekak aku nie. HAHA~ ok malas nak citer pasal assgment segala bagai. mari kita masuk kepada kisah aku berjoli pada hari Jumaat aritu. 

semua yang berlaku pada hari tersebut adalah atas ajakan Cik Siti Zulaiha , anak jati Kelantan Darul Naim. hari Jumaat aritu , dia ajak pergi Kuala Lumpur. katanya mahu bershopping sakan , kalau nak di tengokkan almari baju dia penuh dengan bajubaju , siap dah sengetsenget dah aku tengok almari dia. hehe tapi yelah kan , patutla org kata, org pompuan nie pantang ada duit sikit , bukan main tak kisah lagi dok keluar duit macam air terjun. walaupun dah ada , tapi still lagi rasa macam tak cukup. jadi , aku sebagai penasihat tak bertauliah , bagi lah advice sikit pada dia. 

sebab terbangun lambat , ktorg gerak dari Tanjung Malim ke Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi , dengan menaiki bas TM-KL yang laju nak mati tu, pukul 11.30 ktorg sampai Pudu The Raya. yahhh, terus amek teksi g Times Square sebab malas nak jalan kaki , aku nak kejar citer Kungfu Panda II punya pasal , sanggup perhabis RM10 ke TS naik teksi. giler kan? ok lg satu masalah org pompuan nie, kalau nak sesuatu tu sanggup keluar duit byk2, kalau dah minat tu dah tak kisah dah duit kuar sejuta pown dalam sehari. aiseyyy habis aku bukan pompuan ke? HEHE~ 

masuk-masuk jerk panggung, citer terus start, cantik ahh kan ! mula-mula citer , aku tak berapa nak paham sgt , sebab still lagi mamai-mamai tido dalam bas tadi, dah tengah-tengah citer , dok sedap tengok perut si Poo yang makin montel tu, aku ketawa terbahak-bahak kowt dalam wayang , bukan main kelakor lagi citer dia. memang tak sia2 la kan aku semangat nak tgk citer nie dari aritu lagi. memang tak suara aku jela dalam wayang tu. habis wayang , sementara tunggu Zuhur, aku teman si Leha ni bershopping, nasib baik dia nie jenis yg cepat berkenan pd sesuatu benda. so tak da lah nk pikir2 dulu, nak belek2 dulu, dah suka, terus amek pastu bayar. 

after Zuhur dekat TS, ktorg gerak g Sungei Wang pulak, nasib dekat jer , kalau tak memang jenuh gak nak berjalan kaki, dah mekap tebal-tebal kan...ekk pakai lak aku mekap ! terus carik Green Box, tapi cari punya cari, tak jumpa jumpa, ehhh geram pulak aku, kata kat Tingkat 6 , celah pulak aku nampak Ting. 6 nya. sekali rupanya kat Sungei Wang tu byk wing wing dia, hehehe mana lah aku tau kan...akhirnya jumpa gak lif  dan terus menuju ke destinasi yeahh yeahhh! daftar masuk Green Box, aku sempat lagi buat Member Card, HEHE~  so dengan menggunakan kuasa vito aku sebagai seorang student , dapatlah aku harga student dgn tunjukkan card matric aku yg dah nak uzur tu, si Leha pulak, dah byk kali aku pesan jgn lupa bwk kad matrik sebelum ktorg g KL, tapi still pelupa si minah tu. dah kena bayar mahal-mahal, hehe sian aku tgk dia.

habis melalak selama 3 jam dan tekak pown dah sakit sakit, ktorg g cari surau lak nak solat Asar, masalahnya bukan main susah lagi nak cari Surau dia, punyalah besar kan Sungei Wang nie, aku penah dtg sekali dulu dengan Putri,Nik & Moon, tapi dulu ktorg just jalan2 dekat ting. bwah jek kowt, nie sekali aku dah round satu Sungei Wang baru aku tau dia besar giler ! rupanya setingkat turun dari Green Box jerk, hahaha sengal tak? pas Asar, aku teman Leha jalan-jalan lagi, borong jer minah tu kan...siap selipar RM10 pown dibelinya. HAHA~ seronok r, badan mcm dia senang nk cari size, brg2 kat Sungei Wang memang murahmurah giler. tapi malangnya, size utk badan mcm aku nie , harapan jelah nak jumpa kan! HAHA~ ada gak aku berkenan dkt 2 baju nie, tapi bila pikir2 balik, tak penting kowt nak beli baju2, aku pown bukan suka sgt shopping2 nie, tapi kalau shopping makanan , tak payah ajak pown memang aku rela plus suka! HEHE~

lepas tu, ktorg lepak KFC, satu hari tak makan disebabkan giler bershopping, then ktorg tunggu Maghrib, pas solat, baru ktorg gerak g Puduraya, naik bas terus balik Tanjung Malim. bas kul 8.30 malam, ktorg siap layan citer Laksama Do Re Mi lagi dalam bas tu, hahaha sampai TM dalam pukul 10 malam, alhamdulillah lega rasanya sebab semua rancangan aritu berjalan dengan lancar. :)) habis dah citer aku untuk hari Jumaat aritu. meh tengok gambar, tak banyak pown cukupla untuk tatapan anda semua. 







No comments: