Selamat Datang ke blog saya. Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow juga ye.

Dear Followers

Tuesday, May 10, 2011

kanak-kanak :)

peringatan kepada semua bakal guru yang mengambil jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak yang bakal menjadi seorang guru prasekolah atau guru tadika atau guru taska , sekiranya awk awk semua tidak berminat terhadap bidang awk sekarang, seeloknya awk tukar la jurusan awk tu , kerana awk bisa merosakkan masa depan mereka dalam sekelip mata sahaja. ini adalah kerana, awk perlu tahu sikap kanak-kanak yang pelbagai ini, mereka ada yang agresif, ada yang nakal, ada yang malas, ada yang melawan dan ada juga yang pendiam tak nak cakap apa-apa. maka, menjadi tugas kita lah untuk membimbing mereka untuk bijak berkata-kata, untuk pandai berinteraksi, untuk bijak bercakap sopan, untuk tahu bagaimana menghormati ibu bapa dan orang tua.

aku sendiri yang mengambil jurusan ini berasa bimbang bagaimana aku akan menjadi guru kelas. bagaimana aku mahu mengawal seluruh keadaan kelas dengan aktiviti-aktiviti yang menarik supaya kanak-kanak tidak berasa bosan dalam kelas aku nanti. aku lah yang bakal mencorakkan masa depan mereka, aku lah yang bertanggungjawab terhadap perubahan diri mereka. aku lah yang merubah mereka daripada tidak tahu membaca kepada pandai membaca, daripada tidak tahu mengira, sudah tahu mengira, daripada tidak tahu menulis sudah tahu menulis. 

bagaimana pula , mereka yang sudah menjadi guru tetapi tidak tahu menjalankan tugasnya dengan baik? malah, mahu berinteraksi dengan kanak-kanak pun tidak pandai. bagaimana kanak-kanak itu belajar sekiranya guru mereka sendiri tidak memberikan pengajaran dan pembelajaran yang baik? aku bercakap berdasarkan fakta, kita boleh lihat dengan mata kepala kita sendiri bagaimana guru yang mempunyai bakat dan minat terhadap kanak-kanak dengan guru yang tidak mempunyai minat terhadap kanak-kanak. hanya mengharapkan pembantu yang mengajar kanak-kanak sedangkan tugas awak adalah mengajar dan membentuk kanak-kanak itu sendiri. 

maka, aku berharap yang aku akan lebih belajar mengawal emosi supaya satu hari nanti keadaan kelas dapat aku kawal sepenuhnya dengan baik. aku harap aku boleh menjadi kawan-kawan kepada mereka supaya mereka tahu bagaimana menghormati insan yang bernama guru. Insyallah. :)

No comments: