Selamat Datang ke blog saya. Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow juga ye.

Dear Followers

Wednesday, May 4, 2011

hari ini hari bermakna buat saya :)

Assalamualaikum semua rakan blogger , eceh baru followers 195 orang sudah nak berlagak pula. haha~ just want to say to u all, yang saya sudah berumur 20 tahun pada hari ini, nampaknya saya perlu berfikir dengan lebih matang disebabkan umur yang sudah semakin meningkat ini. btw, thanks kepada sahabat-sahabat dan keluarga serta sedara mara yang wish di fon dan juga di facebook. rasa terharu sangat sebab sahabat saya Leha & Ifa menelefon saya tepat pada pukul 12 tengah malam tadi , korang memang terbaik dari UPSi lah ! haha dan juga kepada Nik dan Moon yang menjadi orang-orang terawal yang telah memberikan wish kepada saya. kawan sekolah rendah saya juga, Izzah Amirah yang lama tak jumpa..haha thanks beb ingat besday saya! sayang dia lebih ahhh! Kepada kakak saya yang empat orang tuh, thanks wish jugak plus abang saya yang seorang tu.

oleh sebab saya sudah berumur 20 tahun, rasanya sudah tiba masa untuk saya berubah ke arah yang lebih baik. ouh, lupa pulak saya, thanks kepada sahabat baik daripada sekolah rendah, menengah & sampai sekarang yang telah membuat entry khas untuk saya klik sini , aku sayang kau lebih tau dik ! hahaha~ hmm di samping itu juga, (eh mcm buat karangan pulak ) saya mahu meminta maaf kepada semua orang-orang di sekeliling saya yang pernah jumpa, pernah kenal mahupun yang tak pernah jumpa saya lagi, sekiranya saya telah menyakiti hati anda semua, sesungguhnya saya hanyalah manusia yang banyak kekurangan dan tak pernah tak melakukkan kesilapan, andai ada kata-kata yang melukakan anda semua, andai ada msg-msg saya yang buat anda terkecik hati, maafkan lah saya ye :'(

kepada awak, maafkan saya sebab dah buat awak marah . saya bukan tak nak hangout bersama awk dengan sara dan tasha, tapi masa tu saya memang betul-betul tak de masa untuk keluar bersama dengan awk semua. andai ada masa yang terluang kita pasti akan berjumpa jugak satu hari nanti ( lagipun tunggu saya kurangkan berat badan dulu ye ) hehe... tak de la awk semua rasa malu nanti bila jalan dengan saya . apa-apa pown semoga hubungan awk dengan tasha berjalan dengan lancar, saya doakan korang bahagia selalu, jangan gado-gado k. maafkan segala kesalahan yang pernah saya buat pada awk dulu. awak tetap dalam ingatan dan menjadi kenangan indah dalam diri saya walaupun kita tak pernah bersua , Insyallah .

hari ini, walaupun tiada party yang dibuat ataupun celebration untuk saya tapi saya tetap bersyukur, disebabkan mak saya yang kurang sehat, demam dan lemah badan, tak dapat nak enjoy sangat hari nie, tapi saya tetap bersyukur kerana saya masih bernafas lagi di bumi Allah yang indah ini. saya jarang dapat hadiah-hadiah yang besh-besh tapi saya tetap bersyukur kerana saya masih punya keluarga yang menyayangi saya. kadang-kadang saya tak kisah pown tak dapat hadiah, asalkan orang-orang yang rapat dengan saya ingat pada harijadi saya cukup la. tak nak hadiah pown, sebab hadiah tu bukan penting sangat pada saya. yang penting hati yang ikhlas mengucapkan 'Selamat Hari Jadi Jannah' :')

impian saya untuk hari yang indah ini, semoga tiada lagi duka dalam hidup saya, semoga segala apa yang saya lakukan selepas ini mendapat restu daripada mak & abah serta adik-beradik juga diredhai oleh Allah. semakin meningkat usia saya, semakin dekat saya dengan mati, jadinya saya harap iman saya selepas ini tidak akan bergoyah lagi. Ya Allah, berikan lah saya kemanisan iman untuk terus bahagia di dunia dan akhirat ciptaan Mu, AMIN.

4 comments:

Zura said...

heppy bday ana...semoga hidup d berkati dunia akhirat...

MixS aNa said...

thanks zura :))
AMIN~

soooooour said...

selamat hari tua.....

MixS aNa said...

thanks to u :)