Selamat Datang ke blog saya. Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow juga ye.

Dear Followers

Tuesday, April 19, 2011

ulang alik Kuala Lumpur / Putrajaya

salam semua. haigooo...lama giler aku tak update blog disebabkan aku telah menukar url blog untuk kegunaan tugasan Cik Anis. now, aku dah tukar balik url baru..agak2 ok tak cahayasyurgasaya tu? tak over sgt kan? hehe cahayasyurga tu maksud nama aku sendiri so suka hati aku lah nak letak pape pown dalam blog aku nie. korang berani lah komen2. memang harapan jela aku nak layan! HAHA~ lama tak update so banyak citer nak di sharekan. bermula daripada kisah aku berjalan-jalan tak henti-henti termasuklah projek dengan kak ude dekat sekolah baru dia. 

14/04/2011, Hari Khamis, Leha ajak aku, Ifa dan Nik pergi sekolah tempat kantin ayah dia. saje nak bawak ktorg kenal-kenal dengan family dia. tapi yang dapat ikot trip nie just aku dengan Nik jerk sebabkan Ifa ada hal. so, tepat pukul 11 pagi bas bertolak ke Kuala Lumpur. ktorg berhenti dekat Stesen Hang Tuah dan mengambil teksi ke SMK Cochrane yang terletak dekat Taman Maluri, Cheras. sampai-sampai jerk dekat kantin sekolah tu, abah Leha hidangkan makanan tengah hari. wewittt! macam tau-tau jerk aku memang kelaparan dari pagi tadi tak makan. habis makan, lepak-lepak jap sambil tolong-tolong jual dekat kantin abah dia tu. family Leha nie memang amek tender kantin sekolah. daripada emak dia ke abah dia ke kakak dia, satu family berniaga dekat kantin sekolah. abah dia pulak memang sporting habis! ktorg sempat pergi jalan dekat Bandar Seri Permaisuri, kakak Leha tolong hantarkan. Dekat Maghrib, ktorg balik semula ke kantin sekolah abah Leha, pastu abah dia hantar jalan kaki ke jalan besar untuk amek teksi. Naik teksi sampai Bustand Klang, huhu hujan lebat giler! ktorg amek bas last pukul 9.50malam, sempat lah lepak-lepak jap dekat kedai Mamak pekena teh tarik dengan maggi goreng. sampai Kolej pukul 11 malam, terus balik bilik kemas-kemas beg baju untuk ke Putrajaya pulak esoknya.

15/04/2011, Hari Jumaat, perjalanan aku bersambung ke Putrajaya, rumah Kak Ude, kali nie aku pergi dengan Nik dan Ifa, Leha tak dapat ikot serta sebab esoknya dia ada test MUET. ciannn dia. hehe~ oleh sebab aku, Ifa, Nik terlepas tren pukul 8.55 pagi, ktorg pown decide naik bas. Sampai KL dalam pukul 11 lebih, bas benti dekat Pasar Seni, ktorg naik RapidKL dari Pasar Seni ke Putrajaya. first time ok naik bas g Putrajaya. HAHA~ perjalanan yang mengasyikkan dengan keadaan bas yang agak #$%^(*& ! hahahaha. sampai Putrajaya Sentral, Kak Ude datang amek dengan Hadi & Hariz. budak dua orang nie kecoh betol , suka lah tu aku bawak Nik dgn Ifa. hehe~ pas Zohor, ktorg ikot Kak Ude pergi sekolah dia dekat Presint 11, sebenarnya aku pergi sekolah Kak Ude sebab ada program gotong-royong bersama ibu-bapa murid-murid Prasekolah Kak Ude. Kak Ude bagi tugas dekat aku untuk buat sedikit Senamrobik & J-Robik sebelum memulakan aktiviti gotong-royong tu. Program tu diadakan pada Sabtu pagi, so aku pown ajak lah Nik dgn Ifa sekali. Petang tu, ktorg berlatih dekat kelas Kak Ude, aku ajar dorang berdua step-step J-Robik. 

16/04/2011, Hari Sabtu , semangat Nik bangun pagi-pagi. disebabkan Program mula pukul 8.30pagi, Kak Ude mintak ktorg bersiap awal dan pergi sekolah lebih awal. so pukul 7.30pagi, ktorg semua bertolak pergi sekolah Kak Ude. Kawan Kak Ude, Cikgu Kamarul yang tolong ktorg set up kan radio dan alat-alat muzik. ktorg buat reherseal sikit sementara tunggu mak-mak bapak-bapak datang pagi tu. SUMPAH ! aku berdebar giler time nak memulakan J-Robik pagi tu. takot kowt depan mak-mak bapak-bapak, semua mata tertumpu pada aku. aku siap pakai cordless mike dekat kepala lagi tau...macam budak-budak AKADEMI FANTASIA pakai tu time dorg buat performance atas pentas. cewahhh! bangga sgt pown xley gak jana nie! hehe~ disebabkan first time aku pakai benda alah tu, terpaksa lah aku cover nafas time buat J-Robik, kang kantoi lak PENAT tercungap-cungap kan! HAHA~ habis buat senaman pagi, ktorg sarapan pagi dan mulakan aktiviti mengecat wall sekitar prasekolah. seronok gak lah dah lama aku tak ngecat kan. lenguh pown ada. hehe. habis semua, siap kemas-kemas, ktorg pown mandi dan siap untuk balik Tanjong Malim semula. Kali nie, ktorg balik naik ERL dari Putrajaya ke Bandar Tasik Selatan, tukar KTM ke Rawang, transit dekat Rawang ke Tanjong Malim. Ya Allah, sumpah memang penat giler time nie. Dalam komuter, memang Nik, Ifa, aku semua tido, sampai kepala aku terhentak dekat dinding komuter tu pown aku buat-buat tak perasan disebabkan mata aku yang taknak bukak-bukak time tu. tapi pengalaman yang menyeronokkan lahhhh. Walaupun aku macam tak sedar diri, Final Exam sekejap je lagi akan tiba. kuang3, kejap lagi paper BI dengan Bahasa menunggu untuk dijawab, tapi aku still relax sempat update blog lagi. giler tak? ok bye ! see u ouls again . teruja dah lama tak update blog =) jangan jemu-jemu menjenguk blog Jannah Mohamed ini lagi ye .

Mari Menonton Gambar-gambar Kami <3











No comments: