Selamat Datang ke blog saya. Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow juga ye.

Dear Followers

Tuesday, April 19, 2011

rumah sewa oh rumah sewa

at last!...sekian lama aku dok Kolej Harun Aminurrashid, akhirnya aku ditendang keluar dari kolej kediaman tersebut. hehe ok fine! erti kata lain, walaupun aku aktif, tapi still kena tendang. aku hanya mampu tersenyum even hati aku rasa macam nak BAKOR jerk KHAR tu..hahaha well..oleh sbb dah kena tendang terpaksa lah aku cari rumah sewa kan..dengan Nik dan Ifa, ktorg pergila cari sama2..bermula dgn Taman Malim..rumah berbukit, tapi ada yang cantek, ada yang sederhana cantek, ada gak yang macam rumah dah pecah masuk..HAHA~ bertanya sana sini akhirnya jumpa lah dua buah rumah nie..yang kelako nya satu rumah nie beria depan pintu pagar tampal UNTUK DISEWA tapi kan..no fon yang diberikan tidak mencukupi..lakkk lawak ekk..macek..if nak sewakan rumah tolong lah bagi no fon penuh ye..ini macam xnak bgi sewa jerk!

second perumahan ktorg try cari area rumah sewa haziq dekat Taman Perumahan Awam III, kuang3 berbukit jugak cari punya cari ktorg try tanya dengan sorang makcik nie..dia kata depan rumah dia tu ada kosong rasanya..dia suruh lah tanya jiran sebelah rumah yang kosong tu..ktorg pown ikot lah cakap makcik tu..sekali nyonya daa..jiran umah yang kosong tu..punyalah panjang lebor dia terangkan kat ktorg..rumah yang kosong tu owner dia orang India, yang sewa sebelum nie orang Melayu..baru pindah semalamnya..mmg dah rezeki ktorg la agaknya kan..tapiii nyonya tu takde contact nama owner India tu laaa..adoiii masalah masalah!

dan akhirnya..ktorg try cari rumah dekat Taman Bernam..cubalah naseb kan mana taw dapat ke...jumpa satu rumah nie..dah cantek dah..ada tiga tingkat..aku contact owner rumah tu..orang Cina angkat..dia taknak ktorg sewa sebulan dua sebabnya dia nak sewa full setaon..hallamakkk! geram aku dgn owner rumah tu..mengada tahu??? HAHA~ marah sgt aku pown...then last-last try usha rumah belakang taman tu..depan rumah tulis FOR SALE..nama orang Melayu dekat alamat nya..aku try contact..trylah kautim dengan makcik tu..tanya boleh sewakan ke tak..akhirnyaaa! jumpa jugakkkk! yeayyy! alhamdulillah syukur byk2..makcik tu baik sgt...seronok giler! Insyallah lepas final aku dgn bdk2 nie akan pergi rumah tu lg sekali untuk tgk condition dalam rumah tu macam maner..harap2 menepati citarasa ktorg. AMIN!

No comments: