Selamat Datang ke blog saya. Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow juga ye.

Dear Followers

Wednesday, April 20, 2011

first paper in semester four

horayyy! 20/04/2011 final exam start. semangat bangun pagi pukul 2pagi konon-konon nak study tapi last-last depan laptop gak aku ngadap kan. notes-notes sumer ntah ke mane. HAHA~ pukul 7 pagi siap-siap mandi dan pakai baju untuk pergi jawab exam. first time jugak jawab exam bilik kuliah dekat Proton City. hoho kali nie aku pergi exam dengan Nik, Ifa & Leha. On The Way pergi PC konon-konon nak baca notes untuk cover balik pagi-pagi bangun ngadap laptop tuh, last-last tertidur ye dalam bas. Ifa yang duduk sebelah aku siap gelak-gelak tengok aku tersengguk-sengguk kepala. Naseb tak terhantuk kepala dekat cermin bas. Pagi tadi pukul 9, ktorg jawab paper English For Young Learners, 1 Jam 15 Minit dalam bilik kuliah PC yang sejuk tuh. Soalan objektif, ala kacang jerk..cewah berlagak pulak ye. HAHA~ tak senonoh jana nie. Elakkk salah semua jawapan aku kan. 

Sambung pulak pukul 2.30petang, paper Bahasa & Komunikasi Awal Kanak-kanak, 1 Jam 30 Minit, soalan struktur dan esei. hadoiii, pengsan nak jawab kak oiii! tapi naseb baik si Ifa, Leha dengan Nik tolong aku study sama-sama sebelum jawab exam tadi. Dapat lah jawab beberapa ketul soalan tadi. Walaupun agak kurang confident dengan jawapan yang aku buat tadi tapi halal jela kan. Benda dah berlalu malas nak ingat balik. Just wait and see the result jela. kuang3...after jawab exam ktorg terus balik kolej. Tangan aku bengkak pulak hari nie. Gatal-gatal + merah-merah...hadoiii time-time final exam nie lah dia nak bengkak kan. Apa-apa pown hari nie xde paper. So boleh tido sampai esok pagi! eh bukan lah study first! hehe tangan sakitttt! Makkkkkkkkkkk! help me!


Leha
Ifa
Nik
tangan bengkak !


No comments: