Selamat Datang ke blog saya. Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow juga ye.

Dear Followers

Sunday, January 2, 2011

semester baru bermula

salam semua, dengan ringkas tapi padat kisah aku hari ini penuh dengan cabaran. haha cabaran apa? ha itu yang pening kepala duk memikir jek. pagi-pagi lagi aku, kak ct, mak & abah bertolak pergi tg.malim. nak hantar aku pulang ke kolej tercinter. cinter ke? boley la...huhu dari cheras ktorg bertolak pukul 8.10pg dan sampai tg.malim dalam pukul 9lbh, aku msg Nik & Kak Ada mintak tlg angkatkan brg2. cian jugak aku tengok dorang berdua tu. terpakse angkut brg2 aku dengan keadaan lif yang full dengan manusia. dan lif pulak hanya satu jerk yang boleh guna. lif lagi satu tu rosak pulek. perghhh terbakor gak hati nie tapi aku wat dek jek. tunggu jela giliran kan. sabar itu separuh daripada iman. ya azam taon 2011 nie, nak jadik penyabor. xmo marah-marah dah. hehehe ececeh...then, after dah angkat barang2..aku turun bawah balik pergi kereta. mak mintak belikan makanan & kak ct suruh belanje Nik sekali. abah tengah minum-minum sambil baca akhbar di kafe. after beli makan, aku salam-salam mak, abah & kak ct sebab dorang nak gerak g padang jawa, shah alam pulak jenguk kak yan kat sana. 

naseb baik lah rumah aku tingkat tiga jek, so dekat sgt rumah dengan Nik. Nik makan dekat rumah aku, tetibe Nik dpt fon call drpd housemate die. kesian lah kawan aku sorang tu dah penat-penat kemas brg2 sekali salah bilik dah...adeii kalau la aku dekat tempat die mmg kompem meraung! tapi aku tengok Nik cool jerk. tapi aku tau dalam hati dia mmg terbakar punye r. huhu chill Nik! yang paling kesian dekat dia, housemate dia semester nie sama jugak dengan semester lepas...fuhhh tak berkembang otak sey! ada ke dorang tulis surat anta pejabat kolej nak duduk serumah lg semester nie tapi Nik tak tahu apa-apa? perghhh kalau aku dekat tempat Nik memang aku tulis surat balik anta pejabat. tak nak aku duduk rumah dengan orang yang tak berkembang otak mcm tu. hahahaha lantak dorang la kan, janji dorang tak pown kacau idup aku. lagipun naseb dorang semester nie just lucky jerk...kita tak tahu apa akan jadi sem-sem depan. maybe ujian semester nie untuk Nik, sem depan ujian untuk dorang pulak. sapa tahu kan...tu semua kerja Allah. 

so, esok adalah hari aku. hari aku memulakan kelas seawal pukul 8 pagi. hahaha pasrah jela kena bangun awal. malam nie tidur sorang-sorang sebab roomate tak balik lagi. tiket habis katanya. hehe semoga kami takde masalah dalam berkawan. dan housemate2 aku semester nie pown baik-baik belaka. at least aku bercampur jugak dengan orang lain, tak macam sesetengah orang tu, nak idup sesama dia jerk...hahaha ok bye!

No comments: