Selamat Datang ke blog saya. Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow juga ye.

Dear Followers

Saturday, December 18, 2010

Tahlil + Potong Jambul + Majlis Pertunangan Kak Ngah

Hari nie, aku & Miza pergi rumah Shu. Lepas zuhur, dalam pukul 2ptg abah anta aku. Kalau tak, aku nak bwk je kete tapi abah nak pakai lak. Nak bwk motor malas lak rasanye sbb berbaju kurung kan dan sudah bermekap makap surelah tak nak mekap ku cair. Nak nak si Miza berfoundation tebal semcm so aku kesian lak kt die nak naek motor pulak. Cair pulak mekap die nanti. ahakss..sorry Miza..guwau saja.
Then, abah offer diri untuk anta aku & Miza ke rumah Shu, dgn rela hati aku menerimanya. After dah sampai rumah dia tuh, adalah macek-macek marhaban duduk dekat depan ruang tamu yg sudah dikosongkan daripada perabut mabut pe sume tu. Aku & Miza join lah macek-macek tu untuk bacaan Tahlil & Berzanji. perghhh aku dah macam geng2 pulak dengan macek-macek tersebut kan. hehe malu deh. Ada ke sorang macek yg konduk bacaan berzanji tu suruh aku berzanji..alahai macek, kang bukan saya berzanji tapi bertafakur pulak ye. Lama dah tak berzanji since aku tinggalkan sekolah agama. Dulu time sekolah agama, tiap-tiap hari kena ngadap berzanji, tapi la nie memang tak ingat apa dah aku. So, after this Jannah Mohamed must do her revision 4 the berzanji ye anak-anak sekalian!
Dalam pukul, 2.30ptg-3.40ptg, acara bacaan tahlil & potong jambul anak sedara Shu itu berjalan. Sampaikan saket pinggang & semut-semut kaki aku dek kerana duduk bersila lama sgt. Tapi, yang penting niat kita pergi ke rumah orang ok! Then, aku dgn Miza kepoh-kepoh jap naek bilik Shu, tgk kakak dia make up. Pukul 4 ptg kang rombongan pihak lelaki mahu datang meminang. Alahai, sweet jerk Kak Ngah Shu pakai baju kebaya bertemakan hitam putih. Aku lak yang terlebih excited kan! hahaha seronok nye! Insyallah, bulan enam tahun 2011, Kak Ngah akan melangsungkan perkahwinan dia dan tunangan nya. Amin. Semoga semuanya berjalan dengan lancar rite?
Pukul 5.30ptg, abah pown sampai umah Shu untuk angkut aku dgn Miza balik. Tapi abah singgah jap borak2 sambil makan2 dgn abah Shu. Sementara tu, aku & Miza tlg bungkus makanan apa ptt utk dibawa pulang. At the end, aku rasa perut mcm nak meletop makan Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Daging Lembu & Kek Coklat kegemaran aku. Tak habis dgn itu saja, malam nya bersambung dgn Nasi Putih + Tomyam Campur (kak ude masak) dengan Murtabak Singapore & Jemput-Jemput Mak Ogi! hahahaha terbaek~!

 Kak Ngah wif barang2 hantaran nya

 Aku, Kak Ngah, Shu & Miza

Si comel Airish Nur Damia wif kakak ipar Shu ( kak ina)




No comments: