Selamat Datang ke blog saya. Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow juga ye.

Dear Followers

Friday, December 31, 2010

hari pendaftaran

alhamdulillah...esok sudah menjelang tahun 2011...apakah azam tahun baru dalam diri aku ye? ehmm..mybe aku xmo jadik garang-garang lagi...aku xmo gado-gado lagi dengan orang waima kawan baik sendiri. yelah banyak sangat dah orang makan hati dengan sikap & mulut aku yang celopar nie..aku mengaku la mulut aku jahat tapi kalau orang yang betol-betol kenal aku dia paham yang kadang-kadang kata-kata yang keluar daripada mulut aku nie tak membawa maksud apa-apa pown. pendek kata, lebih kurang berguwau saja...tapi entah lah aku pown tak berapa nak paham dengan perangai orang nie. aku cakap main-main salah, cakap guwau salah, so tak payah cakap jela kan..habes cita!

azam aku tahun nie, aku mahu berubah kepada yang lebih baik...aku harap hobi aku yang suka tengok wayang & berkaraoke nie dapat dikurangkan. aku tak nak gunakan perkataan KALAU atau CUBA tapi aku nak guna perkataan BUAT atau LAKUKAN barulah bersemangat sikit nak capai azam-azam aku pada tahun baru nie. aku tak nak sekadar cakap jerk tapi buatnya tidak. aku harap tahun baru nie aku dapat melakukan ibadat kepada Allah dengan lebih kerap. dapat mendekatkan diri aku dengan Allah. Allah yang mencipta aku, Allah yang memerhati setiap perbuatan aku. kadang-kadang kita sebagai manusia, leka dengan duniawi sampai akhirat kita abaikan. orang sibuk kejar ilmu dunia tapi ilmu akhirat tidak diamalkan. semakin bertambah usia aku di atas bumi ini semakin takut aku dengan kematian. semakin takut aku dengan balasan daripada Allah terhadap segala perbuatan dan sikap aku di atas bumi ini. semoga Allah mengampunkan dosa-dosa yang telah banyak aku lakukan sepanjang aku bernafas di bumi Allah. janganlah Allah menghitamkan hati aku. janganlah Allah menutup pintu hati aku untuk berubah. aku mahu menjadi insan yang solehah dan beriman. aku akan mengawal segala sikap-sikap yg negatif kepada sikap-sikap positif.

cukuplah azam tahun baru aku tu. aku tak nak ada masalah lagi dengan sesiapa. moga-moga semester 4 yang akan menjelma kelak akan aku jalani dengan sebaik-baiknya. Insyallah. so, berbalik kepada topic entry aku tu, hari nie aku tolong kak ude dekat sekolah dia lagi. kali nie aku tolong jagakan Hariz yg mendaftar kelas prasekolahnya manakala Hadi abg ipar aku yang tolong dftarkan di Tahun Satu. huhu dah makin besar dah anak-anak sedara aku tu, aku pulak dah makin tua! haha pergghhh tak ley time la sey masuk jerk tahun 2011 bermakna aku sudah melewati usia 20-an...xley dah jadik macam budak-budak lagi malah aku perlu matang dalam menjalani kehidupan yg lebih mencabar. berbalik kepada hari pendaftaran tadi, kak ude busy dekat kaunter pendaftaran, yang Hariz lak tak duduk diam sebab mak dia tak layan dia. so, maksu dia yang comel nie jugak yang terpaksa layan dia kan...haha perasan jannah!

 semangat dorang dua nie bangun pagi-pagi
tengok la tu muka adik
memang muka mintak penampo!

 si emak yang busy melayan ibu bapa bakal anak-anak murid 

 inilah kelebihan belajar dlm bidang kanak-kanak
so, kita tahu kanak-kanak minat bermain
hoho so utk mendiamkan budak yang tengah menangis
wajiblah bawak dorang bermain dekat sini kan?
pandai tak Cikgu Jannah?
sila tepuk tangan ye~

 eh eh tetibe lak aku pown nak main jugak kan

 maksu wif Hariz

 hariz : maksu, maksu jom kita main jongkang-jongkit!
aku : hah? alamak..(sambil tengok kiri kanan, ada orang ke tidak)

 aku: ok, takde orang jom jom kita main!
hahaha nampak sangat aku nie bebudak lagi ek

 wah wah hariz nak jadik ahli bina badan la pulak

 ewah ewah kecik kecik lagi dah gatal eh
tengok ler tu anak sdare aku dah pandai ngorat anak dara orang!

 budak tak reti duduk diam
macam nie la

 tetibe terasa tinggi pulak 
hohoho

kak ude sedang memberikan taklimat kepada ibu bapa

p/s: sumpah penat giler. 
kesian kak ude, semua dia kena buat sendiri
aku tak tahu lah macam mana time aku nanti
nak kena lalui semua benda-benda nie setiap tahun
fuhhhhhh pengsannnnnn!

2 comments:

Liyana Lynn said...

hahahahaha. kalau org takleh terima guaru kan beb, takyah cakap dgn dowg. senang. takde sape2 terasa hati. haha

CaHaYa aNa said...

hoho kan kan...
lantak la weh
aku da mls nk jaga hati org da
kang hati aku jugak saket