Selamat Datang ke blog saya. Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow juga ye.

Dear Followers

Saturday, December 4, 2010

Alamanda Di Siang Hari

Assalamualaikum semua

Bertarikhkan 02/12/10, aku, Kak Yan & Mak pergi ke Alamanda...saja jalan-jalan carik pasal..eh pandai pulak aku nak ajar mak carik pasal kan! Tapi yang lawaknya sampai di Alamanda,ktorg macam tak tahu ala tuju nak ke mana...adoiiii beria kan! Then, tempat pertama ktorg pergi adalah MPH, tujuannya nak cari buku tentang agama. Sejak akhir-akhir nie abah selalu suruh aku baca buku agama...mendalami agama Islam bukanlah satu perkara yang sukar sebab dari segi kemudahan memang banyak. Tapi, yang aku perhatikan dalam MPH tu mulanya memang buka agama tapi lama-lama aku terpikat dekat dua buah novel pulak. Bercadang nak beli novel-novel tu, tapi sebelum tu aku msg dulu Kak Mar sebab dia memang pembeli setiap keluaran baru novel-novel kat Malaysia nie..hahaha pemborong sejati la katakan..bila Kak Mar balas msg dan kata ada terus aku cancel nak beli. Cewah, macam banyak duit je aku nie padahal dalam purse tinggal Rm1 jerk! hahaha tolonglah gelak untuk aku! FINE!



Next, ktorg pergi dekat Book Fair yang ada dekat tengah-tengah foyer dalam Alamanda tuh...macam-macam buku ada di jual dengan harga yang agak murah. Tiba-tiba aku ter interested dekat satu buku nie bertajuk Pendustaan Kiamat pada tahun 2012, lebih kurang camtulah tajuknya aku ingat-ingat lupa. Aku try bukak buku tu dan baca dan....hati aku berdegup kencang sebab ceritanya amat-amat menakutkan. Ya Allah, terlalu banyak perkara yang telah melalaikan aku selama ini..dan aku beralih kepada buku agama yang lain. Tengok punya tengok sekali aku borong 3 buah buku agama sekaligus. Setakat nie aku belum sempat baca lagi semua tu tapi Insyallah balik Muar nanti aku baca dengan penuh khusyuk dan tawaduk. 

Lepas tue, destinasi seterusnya adalah Kedai Emas. Mak la heret aku dengan Kak Yan dalam kedai tu. weeeee..seronok giler aku tengok gelang, rantai, cincin & sebagainya. Mak berkenan dekat satu gelang tangan nie then Mak tanya berapa harga lepas tue dia suruh pekerja kedai emas tu timbang gelang tangan dia yang lama..perghhhhh sumpah kalau kau ada duit beli lah emas banyak-banyak! Gelang tangan Mak aku dah boley beli kereta second hand tau tak? hahahaha...Mak nak tukar gelang dia dengan gelang yang dia berkenan tu tapi aku tak bagi sebab sayang. Gelang tue original kowt...hasil buatan tangan dan bukan mesin. 

Habis masa dekat Kedai Emas, ktorg singgah kedai Roti Boy..beli Roti Boy & rehat jap sebab dah penat jalan-jalan. Lepas tu ktorg gerak nak balik..tapi kan tapi kan Mak ajak masuk Famous Amos! dan kan dan kan Mak offer aku dengan Kak Yan gelas comel gambar Teddy Bear dan Coklat Ferrero Rocher..aku apa lagi terus amek jerk gelas tu..hehehe besh kowt! Dan balik rumah dengan senyum lebar..hehehe :)


 aku teringat tentang kontroversi Famous Amos dulu

 Aku ingat nak mintak gelas yang ini sebab cute giler!
tapi kan mahal sgt tidak mampu saya :(



 Kak Yan dengan Mak aku


Inilah gelas yang Mak berikan kepada aku dengan Kak Yan
cute kan?
macam kami berdua 
sayang kowt nak makan coklat tu 
huhuhuhu

No comments: