Selamat Datang ke blog saya. Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow juga ye.

Dear Followers

Tuesday, October 5, 2010

Trip to Rawang on 02/10/10

Salam tersipu-sipu dari saya untuk semua pembaca belog
ok..sangat merapu!

hyehye to everybody, pada petang yang nak masuk ke Magrib ini, mari saya ringkaskan saja cerita untuk entry kali ini. Pada hari Sabtu yang lalu, OK start ayat kau dengan mudah Jannah! tak payah nak berkarya marya sangat! kisahnya, saya, Moon, Fifie, Nik serta ahli-mahli Kelab Penyayang telah mengadakan Program Jejak Kasih bersama TV3..ok yang ini tipu jerk! hehehe ok ok sangat lah marah nanti kena jual! Sebenarnya, kami telah membuat Program Setitik Impian Sejuta Kasih bersama Anak-anak Yatim daripada Rumah Amal Siraman Kasih, Bandar Country Homes dekat Rawang. Selewat pukul 11.30 pagi ktorg bertolak ke sana disebabkan menunggu ketibaan Yang Berhormat Wan Segar yang pergi mengambil makanan yang ditempah daripada Abuya. adoyaiii, sepatutnya dalam Tentatif Program yang disediakan oleh aku sendiri yang memegang jawatan sebagai AJK AKTIVITI,ktorg semua perlu berada di sana pada pukul 12 petang. tapi yelah kita hanya mampu merancang ALLAH juga yang bertanggungjawab menentukannya. Jadi, kami pown sampai lah dalam pukul 12 lebih. Naseb baik Tanjong Malim ke Rawang tidaklah jauh sangatkan..sempat juga berposing segambar dua di dalam bas. 

Sesampai di rumah amal itu, ktorg semua disambut baik oleh owner rumah amal itu sendiri yang bernama Puan. Kamariah tapi ktorg panggil dia UMMI. tidaklah ramai sangat penduduk anak-anak yatim yang menetap di situ, sekitar umur enam tahun sehingga sebelas tahun sahaja. Maka dengan ini tentatif program pown dirombak semula sebab target aktiviti yang ktorg buat adalah untuk umur sekitar dua belas tahun sehingga tujuh belas tahun...adoyaiii masalah-masalah kan? tapi naseb jugak Wan Segar menolong sedikit sebanyak kekakuan aku selaku ketua AJK Aktiviti ketika itu. ktorg memulakan sesi beramah-mesra antara kakak-kakak dan abang-abang UPSI dengan anak-anak yatim itu selepas makan tengah hari dan tunaikan Solat Zuhur. Aktiviti yang aku sediakan untuk mereka adalah 

Lukisan Wajah
Buaya Biawak
Kelopak Jantung
Belajar Tepuk Pengakap
Chicken Dance
Senaman Tomi-Tomi

kelakar giler tengok keletah dan kenakalan budak-budak lelaki. tapi hakikatnya kesian kan dorang jadi macam itu pown sebab nak tarik perhatian ktorg. ketiadaan ibu bapa di sisi dorang membuatkan dorang rasa nak bermanja dengan ktorg semua. Walaupun kadang-kadang tu rasa saket ati sebab tak mau dengar cakap tapi bila difikirkan balik watpe la ktorg nak amek hati kan...hari itu sahajalah yang ktorg dapat beri mereka gembira dan berseronok bukan selalu. Jadi, langkah yang diambil hanyalah berdiam diri sahaja & melihat tingkah laku mereka dari jauh...sayu jugak hati nie bila kenangkan naseb anak-anak yatim dekat rumah amal tu.
Dan seperti yang telah dirancang, saya , Fie, Moon & Nik meminta diri usai Solat Asar untuk pergi ke KTM, Rawang. Tunggu ketibaan bas dengan harapan bas tu cantek lah macam bas UPSI kan..tapi tapi tapi! bas yang tiba hanyalah Metrobus yang aku rasa lagi dua tiga hari tinggal rangka jerk..lepas ktorg tunggu macam orang bongek dekat tepi jalan tu dalam 30minit terus ktorg naek bus tersebut. Sampai Bandar Rawang, singgah jap beli MCD & berjalan lah kaki ktorg ke KTM, Rawang tu..dan di sana Saya & Mereka telah berpisah ke tren masing-masing. Mereka balik semula ke Tanjong Malim manakala saya pula menuju ke Serdang untuk ke rumah abang tercinta dimana Mak & Abah serta kakak-kakak yang sudah berada di sana menunggu kepulangan saya. apa-apa pown thanks sangat kepada mereka yang cumil lagi baik hati tu sebab sudi menemankan saya sehingga ke KTM, Rawang. dan akhinya, tiba di Serdang pada pukul 7.45malam.

Kak Ct amek saya dalam pukul 8.30 malam. LAMBAT OKE! ktorg terus amek Kak Yan dekat rumah Kak Mar dan mula berjalan-jalan di Jusco Cheras Selatan, Kak Ct mahu membeli kasut untuk Majlis Konvo nya tapi saya & Kak Yan pula terlebih shopping Baju Baru..hahaha giler seronokkkk malam tuh! walaupun bau aku yang dari pagi sampai ke petang bawak ke malam itu sangat harum & BACIN! FULL STOP!












mahu gambar lagik?
sila waiting 4 Cik Munira Muhiyddin update belog dia k
sebabnya kamera dia penuh dengan gambar kami semua!

No comments: