Selamat Datang ke blog saya. Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow juga ye.

Dear Followers

Monday, September 13, 2010

rayer dengan duit rayer

salam lebaran kepada semua kawan-kawan yang baca blog aku..itupun kalau ada laaa kalau tak de..ade aku kisah? hehe ok ok..nie ape kena la dengan aku sempat lagi nak carik gado dalam blog yee..hehe guwau sajeee jangan amik hati ehhh..ok stop sampai cni..skang aku mahu mulakan cerita tentang rayer dan duet rayer..weeee!

sangat seronok ok..macam biasalah..tahun ini adik-beradik aku yang balik Muar cuma kak farah dengan kak ude. kak mar beraya di Kelantan iaitu rumah mertua nya..manakala abang airi pulak berpagi rayer di Melaka juga rumah mertua nya..aku,kak yan & kak ct masih bujang dan wajiblah beraya di rumah sendiri..hehe itu yang penting! maka sekiranya kak yan & kak ct kahwen, aku jela sorang-sorang beraya kat Muar nie menemani mak dan abah. Tapi kak ude pulak memang akan beraya di Muar setiap tahun sebab parents abg ipar aku sudah tiada. ok mari kita mulakan cerita dari malam raya..k
 
isahnya malam raya tu aku,kak yan & kak ct bertungkus-lumus menyiapkan bahan-bahan untuk masakan esoknya..yang pasti inilah raya pertama yang aku rasa aku amat rajin berada di dapur tolong mak masak..kalau tak tahun-tahun sebelom nie kerja aku kemas ruang tamu,ruang makan & jaga anak-anak sedara...dan oleh sebab anak-anak sedara aku sume dah besar maka tanggungjawab aku adalah berada di dapur. eheh..macam-macam yang aku buat dari kemas dapur,buang sampah,lap meja,potong bawang merah besar,bawang merah kecik,bawang putih,kunyit & halia..lain-lain kak yan buat..tapi benda-benda tu semua jika digabungkan jadik banyak..jadinya sampai tangan aku pown jadik kejang sebab tak henti-henti duk memontong itu dan ini..hahaa pedih mata dibuat dek bawang-bawang itu semua..yang kak yan boleh gelak kan aku ekkk...dah r petang tu aku kena duk perah santan sebab kak ude nak buat roti jala sudahnya tangan aku nie dah macam apee jerk...naseb lah badan kan..dari pukul 9malam ktorg duduk dapur sampailah pukul 12lebih baru habis..mata aku dah nak terpejam duk kopek benda-benda tu semua..

dan esok paginya..siap sudahhh menu untuk pagi raya macam biasalah orang Johor kan..tentunya Ketupat,Kuah Lodeh,Kari Ayam,Ayam Goreng dan mak juga tambah menu Nasi Minyak untuk raya tahun  nie..dan kak ude juga tambah Rendang Ayam dan Daging untuk penyedap rasa lagi..waaaa penuh meja makan dengan menu-menu itu tadi..sementara tunggu para lelaki Sembahyang Raya di Masjid..para perempuan pula menjalankan tugas di rumah..bersiap-siap dan menyediakan hidangan makanan..dan bila mereka sudah pulang dari masjid...abah suruh bersalam-salaman dahulu antara kami adik-beradik..waaaaaa seronok gilaaa...duit raya aku tahun nie makin bertambahh sebab kak ct sudah bekerja. & even kak mar balik kelantan dia still kirimkan duit raya untuk aku..caya lah kak! I LOVE U 4EVER!...ahahaha lepas nie tunggu kak yan lak habis belajar dan kerja pastu tinggal aku sorang jela yang dapat duit raya! hahaha besh sangat! inilah bahagianya bila jadik anak last betol tak kawan-kawan? hehe..ok habis sampai sini! then kami pown mulalah menjamu selera sementara tunggu abg airi balik Muar..maklumlah umah mertua dekat senang lah dia nak balik..pagi di Melaka petang di Muar..haha kelaka siot abg aku sorang tuh..dan dia pown bagi aku duit raya jugakkk.

selesai makan abah ajak raya rumah mak cik aku belah mak sebab atok eman iaitu satu-satu jerk atok aku yang masih hidup tinggal di sana...then, after solat Jumaat aku & keluarga gerak g raya umah sedara-mara belah abah iaitu dari rumah mak long ke rumah mak ngah yang ada yang Muar nie sebab sedara-mara aku belah abah ramai duduk KL so mak long ngn mak ngah jela duduk Muar..lepas itu raya rumah pak long belah mak aku pulak..hehehe setiap perhentian rumah tu mesti dapat duit raya itu yang lagi bertambah semangat aku nak beraya..:))ok malamnya pulakkk ramai orang datang raya...termasuk ustaz yang tolong ubatkan aku tu dengan anak dan isterinya.

Raya Kedua pula, bangun awal pagi untuk aku mulakan sesi tolong memasak di dapur bersama mak,kak ude,kak ct,kak farah, kak yan dan aku...untuk siapkan menu Laksa Johor...yang payah nya nak siapkan ulam-ulam tu..nak buat sambal belacan lah,timun,taugeh,limau nipis dan macam-macam lagi...dan akhirnya siap sudahhh terhidang di atas meja..dan macam biasa bahagian air memang aku yang uruskan..semua sedara-mara datang ke rumah besh makan-makan & borak-borak dengan dorang. malam nya pulak..giliran aku & keluarga beraya di rumah pakcik-pakcik sedara aku belah mak..makan cucur,mee goreng,sate & macam-macam lagi ahh sampai nak meletop perut aku nie..malam tu ambikkk kauuu! keluar masuk toilet sebab cirit-birit..hahahah kelako jerk..

Raya Ketiga pula, family abah akan buat Family Day setiap raya-3, yang beshnya kali nie buat dekat rumah Mak Chu adik bongsu abah..rumahnya pula di Muar so senang lah nk datang kan..pagi-pagi family aku datang tolong apa-apa yang patut..majlis dimulakan dengan bacaan Tahlil selepas itu jamuan makan-makan dan akhir sekali permainan untuk kanak-kanak dari umur 1-5tahun dan cabutan nombor bertuah..macam tahun lepas buat dekat rumah Mak Teh aku menang Grand Present iaitu TV PLASMA tahun nie mak pulak menang Grand Present Kipas Elektronik yang Mak Chu beli dari Singapore..wah wah dan nombor aku turut bertuah sebab dapat hadiah Rice Cooker jenama Toshiba..hehe bertuah betol nombor 10053 itu...dan insyaallah tahun depan family day raya akan dibuat di Kuala Lumpur rumah pakcik aku pula..

Sekian sahaja sampai disini dah tak larat nak taip..see ya!

nikmatilah gambar-gambar terpilih dibawah ini..
jika mahu banyak gambar lagi sila klik di Facebook aku




No comments: