Selamat Datang ke blog saya. Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow juga ye.

Dear Followers

Wednesday, September 29, 2010

pulang ke kampung sebentar

salam mesra daripada saya untuk semua rakan-rakan blogger...semalam bersamaan dengan 30/09/2010, tepat pukul 11.30am...kakak saya (kak yan) telepon memberitahu bahawa atok saya (Ungku Sulaiman) telah pown meninggalkan dunia ini pada pukul 11pagi. saya tergamam dan terkejut dengan berita yang dikhabarkan itu, maka tertumpah lah segala air mata saya ini diiringi dengan doa untuk arwah atok saya. satu-satunya atok yang masih tinggal tetapi sudah pergi meninggalkan saya dan keluarga. begitu cepat masa berlalu, teringat masa saya kecik-kecik dulu, kalau saya demam dan tidak dapat ke tadika. Maka, orang yang bertanggungjawab menemankan saya adalah atok Eman. selalu jugak saya tinggal sorang-sorang dekat rumah dan atok Eman lah yang teman saya. sampailah mak & abah pulang dari tempat kerja.

sedihnya hati ini sebab dulu-dulu atok Eman selalu tanya dah makan ke belom? dah mandi ke belom? nanti dia tolong belikan makanan untuk saya, roti canai merupakan fav saya tahu? dia layankan aje cucu dia yang mengada nie. selalu buatkan air untuk saya. sambil makan saya & atok akan menonton filem-filem P.Ramlee. sebab itulah sampai sekarang saya masih menggemari cerita P.Ramlee. kata Atok, banyak pengajaran yang kita boleh dapat daripada cerita P.Ramlee tersebut. semalam lepas kak yan bagitau Atok Eman meninggal, saya nanges sampai bengkak-bengkak mata saya..orang kata kalau orang meninggal dunia jangan menangis lebih-lebih takot roh orang itu tidak akan tenang meninggalkan dunia. tapi kan saya sedih sangat sampai tak tertahan air mata ini, atok dah banyak berjasa pada saya. moga-moga roh atok ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

saat-saat terakhir bersama Atok Eman :





No comments: