Selamat Datang ke blog saya. Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow juga ye.

Dear Followers

Saturday, September 4, 2010

kuih raya oh kuih raya!

hello hello rakan blogger sekalian..adakah anda semua rasa saya agak buang tebiat untuk entry kali ini? yepppyyyyyy! itu sudah semestinya lah kan...saje nak carik modal untuk membukaan entry kali ini...adakah anda semua sudah bersedia? ok lah xmau bebel panjang-panjang..jom dengarkan celotan saya pada kali ini.

oleh sebab setiap kali aku nak online terpaksa guna line wifi jiran aku so aku tidak berpeluang nak update belog sejak hari rabu aritu sebab jiran aku pown tak on la dia punya wifi. tapi bagus jugak kan? sebab mak aku dah bagi tugasan untuk aku buat sementara aidilfitri menjelma. eceh..agak skema ye dctu ayat aku. ahhhh lantak ahhh ada aku kisah? opss...tak elok marah-marah nie kan bulan pose.eheh..jadinya awal pagi rabu mak ajak aku dengan abah pergi beli bahan-bahan untuk buat kuih raya..memang dah jadi tradisi tiap-tiap tahun setiap kali nak raya mak aku akan buat kuih-kuih raya yang memang jadik fav kami adik-beradik termasuklah sedara-mara mak aku sekali..antara kuih raya fav itu adalah seperti suji, suji kacang, samperit, cip coklat dan yang pasti kali nie aku gerenti kuih raya mak lebih sedap dari raya-raya sebelum ini sebab aku lah orang yang jadik tukang melenyek & melayak kuih raya tersebut malah aku jugak lah yang jadik tukang bakar dalam oven, tukang susun kuih raya tu dalam balang dan tukang karut..ehhhh tipu jerk! hehehe yang last tu tidak ler..tapi yang ini betul tukang hanguskan kuih raya tu! 

hehehe biasalah kan baru tahun nie aku start tolong mak buat kuih raya betul-betul..biasanya dulu kakak-kakak aku yang tolong aku just susun dalam balang jerk..tapi tahun nie oleh sebab aku balik cuti awal so aku lah yang kena buat semua tu..terror tak aku?? kau mampu ke buat macam aku buat? tak kan? hahaha seronok giler rupanya buat kuih raya nie..aku dah rasa macam CHEF WAN pown ada..tapi tak mampu lah nak jadik macam dia..its ok jadik CHEF JANNAH pown sedap jugak tu..hehe yang pasti aku nie memang berbakat untuk jadik calon menantu yang sesuai..cehhh takat bakar kuih budak kecik pown tau lah jannah oiii! jangan nak perasan! haha ok stop! aku guwau jelaa..yang aku tahu raya pertama dengan kedua nanti mak aku akan masak ketupat dan laksa johor so sapa-sapa yang tahu rumah aku sila lah datang beraya ok? 

hah sebelum aku nak akhiri entry kali ini..aku mau ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada abah Cik PutriPelangi sebab memberi sepasang baju sukan untuk aku. dan baju itu sudah ku berikan kepada abah tercinta..sebab aku tak muat baju tuh..hahahaha kesian kan?  maklumlah size baju yang diberi adalah L. tau jela size baju aku bukan takat L malah berganda-ganda L nya..hahaha dan tiba-tiba tergerak hati pulak aku nak beri pada abah sebab abah suka pakai sweter tu..dan ternyata memang betul siap suruh tangkap gambar lagik..kelakar giler abah aku nie. kau tak caya? meh meh tengok gambar die eh

haha cute kan abah kita?

kata abah : macam JAMALI SHADAD! 
hahaha kelakor ok!
...........................................................................

Lokasi: Astaka Muar
so inilah tempat kami bershopping akan bahan-bahan untuk buat kuih raya.. ASTAKA jelah mampu..nak pergi TESCO dan JUSCO belom mampu lagi...haha tapi ok lah tu astaka barang-barang dia murah KALAH TESCO tahu???

wah wah pakar buat kuih sudah mari

ok yang DRUMET AYAMAS tu aku punya!
bukan untuk buat kuih ye kawan-kawan dan disebabkan
ayam aku tu budget untuk kuih raya tersasar..hahaha

yum yum..cantiknya pelbagai warna warni untuk hiasan kuih raya

esen vanila dan esen-esen yang seangkatan dengannya

....................................................................................

Lokasi : Di Dapur Rumah Aku

Kuih Suji

sedang dibakar dalam oven,
oven yang telah dibeli oleh mak sejak abg airi aku kecik lagik
kau kiralah bape tahun oven mak tu? lama tapi masih bertahan sampai skang
tadi baru mak cerita pada aku 
so apakah tandanya mak bercerita? 
sebab dia nak anak dia nie belikan dapur baru untuk dia bila dah keja nanti!
ada paham Cik Jannah?

siap untuk disusun ke dalam balang

dan ini namanya samperit...
hehe cantek kan? waner pink kesukaan saya..
agak senget-senget sikit sebab tangan aku sakit duk tekan-tekan kuih nie
tapi rasanya? sedapppppppppppp!
kata aku: masuk dalam mulut hancur jugak..hahaha 
rupa paras tak penting yang penting rasa kuih tu betol x?

siap tersusun dalam balang

akhir sekali adalah Cip Coklat
yang ini memang yummmmyyyyyy!
rangup dan enak rasanya

so anda semua sudah melihatkan betapa berbakatnya aku dalam bidang memasak ini? banyak lagi kuih raya yang dah siap dimasak..dalam sehari boleh siapakn 3,4 jenis kuih raya..agak bangga ye dctu...hahah ehh bukan aku tapi mak aku laaa..dia lah orang yang bertanggungjawab sepenuhnya menjadikan aku sebesar ini. hahaha aku tak kisah pown jadik sebesar ini sebab memang masakanya sedap-sedap belaka..katakan apa saja semua mak aku pandai masak..dari sekecil-kecil masakan ke sebesar-besar masakan dia boleh buat. Asam Pedas Ikan Pari, Nasi Dagang, Nasi Buah, Nasi Ayam,Nasi Tomato,Roti Canai, Kari Ikan, Kari Ayam, Sup Ayam, Ikan Siakap Masak Tiga Rasa,Ikan Stim, Udang Goreng Kunyit..ehmmm kecur kan kawan-kawan? yeahhh itulah MAK saya! memang terbaikk lah mak..anak mak yang sorang nie jerk pemalas nak masak..hehehe..I LOVE 4ever n ever MAK! aku tak dapat bayangkan kesungguhan mak membesarkan kami tujuh beradik sampailah kami jadik besar macam ini! wahhh tiba-tiba tersentuh hati pulak ye...so aku berazam nak belajar betul-betul dan nak jadik insan yang tidak akan mengecewakan mak!sekian.


4 comments:

Munira Muhiyddin said...

sila bwk sebotol CIP COKLAT ke KHAR .
naik raya t aku dtg beraya kat umah 1-5-7 bilik no 1 yg excellent wifinya tuh :DD

Ct NuRJaNNaH said...

moon
kau memang terbaikkk ahhh
nnti aku bwk semua kueh raya yg hangus utk kau k
jgn isau!

Farehan Aida said...

cyg abah n mak! jana eksen je lebeh nak tnjk wat kueh raye.. padahal tukang bagi hangus jee.. wakakaka

Ct NuRJaNNaH said...

kak yan
nyibukkkk jerk!