Selamat Datang ke blog saya. Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow juga ye.

Dear Followers

Wednesday, September 29, 2010

kereta api oh kereta api

ini adalah entry untuk hari ini. 
saya telah pulang ke kampung halaman semalam
pulang kerana atok kesayangan telah meninggal dunia
kak ude amek dekat kolej singgah ke Putrajaya
untuk amek abg ipar saya
singgah di Petronas membeli Dunkin Donut
nyum nyum..lama tak makan kan
gedik mintak kak ude belanje

sampai di Muar pada pukul 6.55petang
siap-siap untuk pergi ke kenduri tahlil selepas Maghrib
ramai sedara-mara berkumpul pada malam semalam
cerita tentang bagaimana atok sakit tenat & meninggal dunia
balik rumah , memikirkan tentang Quiz pada malam ini
dan pada petang esok. jadinya tidak dapat bercuti dengan tenang

maka, pada pagi tadi tepat pukul 5.40pagi 
bertolak ke Kuala Lumpur bersama
Abg Sham , Kak Mar & Kak Yan
singgah di hentian Air Keroh, Melaka
untuk solat Subuh & akhirnya
kerana terburu-buru
jam kesayangan tertinggal di dalam surau (so careless)

Abg Sham bentikan saya & Kak Yan di Hentian UKM , Bangi
terima kasih berbanyak-banyak kepada kakak & abg ipar ku itu
sudi meluangkan masa untuk menghantar kami pulang
selepas itu,beli tiket & terus bertolak ke KL Sentral bersama Kak Yan
sesampai di KL Sentral , bekpes Nasi GOreng, Mee Hun & Teh Tarik
akhirnya selepas membuang segala isi perut di dalam toilet
Kak Yan belikan tiket untuk pulang ke Tanjong Malim
dan kami berpisah di situ , Kak Yan gerak ke Shah Alam

Maka, dengan jantung yang berdegup kencang
sebab first time naek tren sorang-sorang 
saya pun duduk di tempat yang disediakan
Ladies' Coach memang gerabak kereta api 
yang disediakan khas untuk kaum wanita
tetapi, ade jugak lelaki yang tidak berkenaan
macam tak paham bahasa masuk jugak gerabak tersebut
menyebabkan saya ketakutan menggigil kesejukan

tapi, selepas bertukar tren di Rawang
rasa selamat walaupun dalam tren nak ke Tanjong Malim tu
macam berpenghunikan HANTU!
dan tiba sudah di kolej tercinta pada pukul 10.30pagi.
terima kasih kepada pakcik TEKSI yang membawa saga baru itu
merasa jugak naek kereta baru sebab plastik di dalam kereta masih tidak dibuka.

sekian, terima kasih saja dengan pantun beberapa kerat daripada saya.

No comments: