Selamat Datang ke blog saya. Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow juga ye.

Dear Followers

Wednesday, September 8, 2010

KAD RAYA!

salam mesra untuk semua pembaca belog saya..entah ada entah tidak yang setia membaca entry-entry saya yang agak merapu lagi mengarut nie kan..hah...untuk kesekian kalinya mahu cerita nie tentang kad raya..terkejut saya semalam kan tengah sibuk-sibuk lap tingkap dan kemas rumah untuk pasang langir baru tiba-tiba pakcik posmen datang...abah saya pown dengan rela hati pergi amek surat tuh..dia kata ada surat untuk saya...eishhh dah nak ujung-ujung raya baru orang bagi kad raya ekkk..ajaib sungguh! yelahhh manelah saya tak terkejut tiba-tiba ada kad raya untuk saya..SATU pulak tuh kan? memang lah bertuahhhh! ahahahaha kau ade? tak de kan....;))

yang penting! nie lagi satu cerita tentang kad raya yang baru dapat semalam..yang paling-paling mengejutkan saya adalah...kad raya itu bukan dari kawan-kawan saya juga bukan dari sedara-mara saya tetapi kad raya tu dari JABATAN KEBUDAYAAN & KESENIAN NEGARA...ewahhh sejak bile aku jadik pekerja ISTANA BUDAYA nie? tak ke ngarut tuh (ceh padahal bangga eh) kata mak mungkin sebab saya wakil kolej menari Inang & Zapin kowt..hahah kelako jerk mak saya nie..ada ke wakil kolej terus menteri kenal saya?yang pasti trimas banyak-banyak kepada YB. Dato' Norliza Rofli iaitu Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara kerana telah memberi saya sekeping kad raya yang sudah bertaon lama tak dapat sejak meninggalkan zaman sekolah setaun yang lepas. hahaha macam lama lah tuh ekkk..weeeeee...sumpah seronok tau..dari Menteri lagi..sape yang tak teruja kan? kau ade??? tak de kan...hahaha jangan jeles ehhh..tolong tepuk kepala & tangan anda untuk saya ok? hehehe..nak tengok x kad raya yang saya dapat tu? jom jom...






hah ada lagi satu mau cerita..yang ini memang the last n ever...nampak tak latar belakang kad raya saya tuh? cantek tak waner tu? itula cadar baru untuk raya taon nie..hehe seronokkkk tau..sebab mak saya menggunakan tema 'OLD SKOOL' untuk raya taon nie..cube perhatikan betol-betol..nampak tak betapa suasana kampung yang cuba mak saya terapkan untuk kami sekeluarga? hehehe..untuk bilik saya mak beli warna ungu, untuk bilik lagi satu mak pilih warna biru dan untuk bilik bawah pula warna hijau..meriah kan rumah saya raya taun nie? wahhhh..teruja nak tunggu hari JUMAAT! semoga bertemu lagi ;)

No comments: