Selamat Datang ke blog saya. Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow juga ye.

Dear Followers

Thursday, September 9, 2010

buka puasa di luar

hello hello rakan-rakan blogger sekalian..yeahhh esok dah nak raya seronok weh! rasa macam nak lompat-lompat jerk supaya nampak kegembiraan aku nie..hehe..ok ok cukuplah intro itu. mari kita mulakan entry dengan cerita yang agak lah tak lapuk sangat sebab baru jerk hari selasa lepas berlakunya kejadian ini..aku dengan budak-budak kelas 5A2 telah mengadakan rancangan untuk berbuka puasa di Chalet ayah kepada salah seorang budak kelas 5A2 iaitu Nana Othman...bertempat di Man Chalet ktrog sepatutnya berkumpul pada pukul 7malam..tapiii lambat pula ktrog tiba ke sana. 

sebab? eheh..Yana selaku pemandu bertauliah telah memberi kepercayaan beliau kepada aku untuk drive kereta Honda City nya..katanya tak larat nak drive dan dia mintak lah tolong aku nie..yang kelakar nya..dia lambat amik aku sebab tertido..dia amik aku dekat rumah pukul 6.30petang..korang bayangkan lah nak kejar pukul 7malam tu macam mana kan? dah lah lepas tu ktorg terpaksa amik Poja dekat Bustand Muar, amik Nad dekat Jalan Temenggung dan akhirnya amik Erika dekat Parit Haji Bakhi..alahaiiii aku nak pecut tengah jalan tak boleh pulak sebab jalan JAMMED ok! sangat sesak dengan kereta-kereta bagai..dah macam Kolumpo pown ada gakkk...menggigil kepala lutut aku nak drive jalan sesak-sesak nie..al-maklumlah kereta orang kowttt kan bahaya tu..eheh...jadinya habis jerk operasi angkut-mengangkut orang..singgah jap rumah Erika buka minum air masak sebelom gerak pergi Man Chalet.

sesampai jerk dekat Man Chalet kira-kira dalam pukul 8.10malam gitu, aku terkejut beb! sebabnya ramai gilakkk orang yang tengah menjamu selera...kata Nana musim raya nie memang Chalet dia ada bukak Buffet untuk berbuka puasa jadi untuk itu sesiapa yang ingin berbuka puasa di Man Chalet perlulah menempah meja dulu dan harga untuk sekepala RM20..tapiii ktorg just bayar RM15 sebab anak taukeh Chalet tu kawan aku...hahaha siot tak??? ok ok cukuplah berbangga pada tahap ini...tak ley lebih-lebih nanti kena juall..hahah..ok seterusnya ktorg pown amik lah tempat masing-masing..dan start mengambil makanan di meja makan yang telah disediakan...macam-macam adaaaa! memang berbaloii lah kan aku makan kat sana walaupun aku sebenarnya tak puasa...kah kah kah...melantak macam hape jerk...ada Nasi Minyak, Nasi Beringin, Nasi Goreng,Roti Jala, Puding, Kuih-Muih dan Buah-Buahan sebagai pencuci mulut...ada Kerang,Lala & Ikan Bakar jugaaa...memang kenyang aku malam tuh.

habis jerk ktorg melantak...yana pown mintak lah aku tangkapkan gambar..Canon DSLR memang terbaikkk la weh..naseb baik dia tak bawak Nikon DSLR dia..kalau tak memang full memory dengan gambar aku jela nanti..hehe..ktorg pown berposing lah dekat SATU JAM untuk tangkap gambar jerk...aku rasa time tu kalau aku tak bangun dan blah sure dorg still nak bergambar lagikk..berpeluh aku..mengalahkan artis pown ada...macam-macam aksi yang ktorg buat sampai naik basah ketiak pown tak kisah dah....dan akhirnya tamat sesi bergambar..masa untuk balik! yana lagi sekali mintak tolong aku drivekan..bila dah malam nie jadik risau jugak sebab aku tak penah drive malam-malam..tapi alhamdulillah berjaya jugak aku drive malam tu. yang pasti jalan lagi sesak dari petang nya sebab dekat bandar ada bukak UPTOWN macam kat Kolumpo gamaknya..hehe malas nak singgah sebab perut pown dah penuh so balik terus ZZZzzzzzz......  ;0.

dan dikesempatan ini aku mahu mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua kaum Muslimin & Muslimat di muka bumi Allah yang indah lagi mendamaikan ini. Hari Jumaat itulah yang telah Allah pilih untuk kita menyambutnya dan harap-harap jangan ada pula yang tertinggal Solat Jumaat ya.Sesungguhnya sama-sama lah kita menghayati Bulan Syawal dengan keberkatan yang Allah berikan kepada kita. Semoga Bulan Ramadhan yang akan berlalu ini dipenuhi dengan segala amal ibadat setiap Umat Islam. dan aku juga ingin menyusun sepuluh jari tangan dan kaki untuk memohon ampun kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri ini..segala kesilapan tutur kata dan tingkah laku yang aku tonjolkan yang selama ini pernah mengguris hati rakan-rakan semua harap dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari ALLAH...yang buruk itu datang dari diri aku sendiri..Semoga bergembira di hari raya nanti..dan hulur-hulurkan lah duit raya ok? hehehe...jika ada masa akan aku update belog lagi.. banyak lagi cerita yang ingin aku kongsikan bersama korang. so Take a Break!

dibawah ini ada beberapa gambar yang aku sajikan untuk tatapan korang semua
dan selebihnya boleh refer dekat Facebook aku ya..

yeahhh the photography is here..

makan-makan 

ampun maaf dipinta

zaman dulu-dulu versi anak dara

SELAMAT HARI RAYA!!!

1 comment:

Anonymous said...

mizen-stay parts the reward at the all best-seller [url=http://www.bestbodog.com]bodog casino[/url] , with trendy [url=http://www.freeamericancasino.com]casino games[/url] and liberated [url=http://www.yourcasinousa.com]casino bonus[/url]. you can also be with poker rooms at [url=http://www.bestbodog.com]bodog poker[/url]
[url=http://www.liveinternetcasino.com]Casino Spielen[/url] and [url=http://www.casinogameluck.com]Online Casino Spiele[/url] at the first-class German casinos as long way as something DE players.