Selamat Datang ke blog saya. Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow juga ye.

Dear Followers

Sunday, August 15, 2010

time to pulihkan penyakit

tajuk entry aku kali ini agak menakutkan bukan?huhuhu sebenarnya tujuan aku balik tis week pun sebab nak pergi berubat. nak pulihkan balik penyakit yang aku dah alami sejak form 4 lagi...pagi-pagi sudah bangun seawal yang mungkin pada hari Sabtu..itu pun dikejutkan oleh mak sebab nak pergi berubat. abah dah call 'ustaz' tu dan janji nak datang rumah ustaz pada pukul 9 pagi. tapi biasalah kan pukul 9 pg tu baru aku bangun..hahaha dan sampai di rumah ustaz tersebut pada pukul 10 lebih..oke fine! kaki dan tangan aku mula dah rasa sejuk sejuk kan! takut sangat la tuh dgn ustaz ye :)
 
dan ustaz itu pun memulakan la perubatan nya. mula-mula ustaz tu scan badan aku ada gangguan syaitan ataupun tidak. ustaz pun sapulah lada itam+garam halus+minyak panas kat kaki aku..tapiiii! apa yang aku rasa? hanyalah kebas dan tak geli langsung malah tak panas pun lada itam tu! lakkk nampak sangat lah tu sakit kan? kau gileee ke hape jannah! dah minyak panas kat kaki kau boley tak rasa panas? normal ke tak kau nie jannah? hahahaha oke yang pasti aku memang tak normal oke! itu kata ustaz! dan disuruhnya aku mengucap dua kalimah syahadah serta maknanya...oke fine! sekali lagi jannah lupa akan makna ayat suci tersebut! hahaha tu lah time darjah khas kau main-main jannah kan da kena soalan cepu cemas itu! menggelabah kau nak jawab kan?

ok la..habis part yang itu..dan kata ustaz..alhamdulillah aku tak de gangguan daripada syaitan..tetapi! penyakit aku berpunca dari dalam badan aku. alamak...nie yang lemah nie..ustaz pun mula lah panggil pembantu nya untuk menolong aku sekali. ustaz suruh che man iaitu pembantu ustaz untuk betulkan urat saraf kat tapak kaki aku. dan ustaz pula boley lak main cucuk-cucuk pinggang aku..menjerit lah aku kesakitan! sumpah beb! sakit yang amat time ustaz cucuk pinggang aku tu...dan ustaz kata masalah aku amat kronik! darah aku pekat sangat..tu yang susah nak berhenti..malah kemungkinan besar boley dapat Heart Attack , Angin Ahmar , Stroke  dan paling paling besar potensi untuk dapat serangan Buah Pinggang pun ada..perghhh saat tu mengalir air mata aku tahu tak??? semuanya gara-gara aku tak jaga makan dan sebagainya! semuanya salah diri sendiri kan? tu lah jannah asik makan sedap jerk! tapi tak pandai kawal nafsu makan sendiri kan diri sendiri yang susah?

dan che man pun mengambil alih tugas ustaz untuk membetulkan urat saraf aku dari tapak kaki naek hingga ke betis. bersambung pula kepada tapak tangan hingga ke lengan. selepas itu bersambung pula kepada isteri ustaz...membetulkan urat dekat perut aku..serta pinggang kiri dan kanan. perghhh time nie azab nya hanyaa ALLAH saja yang tahu! terkeluar jeritan manja dari mulut aku..hahaha sampai mak yang tengok pun jadi kesian dengan aku. habis urut dekat perut...ustaz suruh aku mandi air mandian yang sudah bercampur segala bahan termasuklah lada itam tuh..perghhh panas oke badan aku! dah macam dalam oven pun ade gak...then barulah tamat segala rawatan yang dijalankan ke atas aku. agak-agak dari pukul 10 lebih tu sampai ke pukul 3lebih aku duduk kat rumah ustaz tue semata-mata nak betulkan segalam urat saraf dalam badan aku nie. pape pun thanks to che man dan isteri ustaz sebab sakit-sakit tangan urut aku..hahahaha! tu lah besar sangat pun tak boley jugak kan jannah? 

alhamdulillah , balik saje dari rumah ustaz pinggang aku pun kurang sakit-sakit dan lenguh lagi. tidow pun dah selesa dah...dan ahad pula giliran kak ct ke rumah ustaz. kata ustaz , kak ct tak lah seteruk aku sebab kak ct just angin-angin dalam badan jerk..kalau aku nie memang dah teruk sangat da..tapi alhamdulillah la cepat menerima rawatan daripada ustaz kan? itu pun dengan izin daripada ALLAH barulah ada inisiatif seperti ini berlaku. dan kak ct pun menjalani rawatan macam aku jugakkk. macam-macam pantang yang aku jaga...contohnya seperti jangan makan/minum benda sejuk , jangan makan kangkung , jangan makan ikan cencaru ( fav aku oke!) , jangan makan kobis , jangan makan timun (makan lak aku kan?) dan sebagainya. perghhh aku nie dah lah suka minum ais...elok sangat lah tu berpantang benda2 camtu kan? apa-apa pun semoga diri ku ini cepat lah sembuh hendaknya. Insyaallah. doakan yew kawan-kawan!

Sabtu pagi :(

Ahad pagi :)

3 comments:

Munira Muhiyddin said...

takot aku membacanya .
xpelah kawan . aku sentiasa doakan yg terbaik utk ko .
insyaAllah ko sembuh . amin :')

f i f i e ! said...

insyALLAH kamu oke sayang..
jaga diri oke..
papa trus gtaw fie taw.
iloveyouu !
:)

Ct NuRJaNNaH said...

moon dan fie
thanks byk2 yew
doakan saya :(