Selamat Datang ke blog saya. Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow juga ye.

Dear Followers

Monday, August 2, 2010

Pertandingan Tarian Rampaian



Memulakan entry dengan lafaz Bismillah..alhamdulillah setelah penat lelah selama seminggu akhirnya ke penghujung jua..seronok bila sudah melepasi saat genting iaitu Pertandingan Tarian Rampaian anjuran Bahagian Kebudayaan HEPA, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kumpulan aku wakil daripada Kolej Harun Aminurrashid yang disertai oleh sepuluh orang ahli iaitu perempuan seramai lima orang begitu juga dengan lelaki.  Kami berpasangan lelaki dan perempuan. Aku, Putri, Zila, Mimi & Mas sebagai penari perempuan manakala Faiz. Shamim Spek, Shamim Kurus, Wahyu & Amin sebagai penari lelaki. 

Kami memulakan latihan sejak malam Isnin sehingga lah malam Jumaat sebab malam SABTU (31 JULAI 2010) itu adalah malam pertandingan berlangsung. Kami semua diajar oleh Abang Hafiz dan Kak Misz sebagai jurumekap kami pada malam kejadian. Biasalah kan first time masuk pertandingan menari menjadikan kami semua nervours yang bukan sedikit jumlahnya! MACAM NAK TERCABUT dah segala bulu roma di badan kan! apa yang pasti tempat pertama,kedua dan ketiga semuanya hebat-hebat belaka. Rupa-rupanya syarat untuk menjadi penari sebenar adalah yang perempuan nya WAJIB tidak memakai TUDUNG! patut lah yang menang-menang semuanya FREE HAIR saja kan? tidak hairan lah kami kalah! kata mereka lagi...yang tidak memakai tudung itulah yang menunjukkan sifat-sifat wanita melayu! lakkkk habis tu kalau yang pakai tudung itu bukan orang MELAYU kah? pelik-pelik kan? silap-silap boley bergaduh jika melibatkan agama ISLAM ye? tapi tidak mengapalah..sekiranya itu yang telah ditetapkan oleh pihak UPSI..siapalah kami untuk menghalang nya kan? yang penting walaupun kalah kami tetap enjoy & melakukan yang terbaik.

Juga walaupun kami kalah, kumpulan kami telah dijemput untuk melakukan persembahan sempena MAJLIS PENUTUPAN KUPREX iaitu pada malam berikutnya. yang paling bahagia di antara kami sudah tentulah Cik Putri Pelangi sebab SANG TERUNA PUJAAN HATI ada di sana. ahaksss...yang pasti kami semua penari-penari KHAR amat berterima kasih kepada Pengurus Program KUPREX sebab sudi menjemput kami membuat persembahan. Thanks ye Suhada..minggu depan banyak lagi Program yang menanti aku!  Dinner Kelab Penyayang & Program Sahuka...adoyaiii kena buat persembahan lagi minggu depan. doakan aku dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi ye kawan-kawan sekalian. :)) untuk Dinner Kelab Penyayang aku ditugaskan sebagai AJK Protokol di mana memerlukan aku membina text ucapan untuk Pengerusi Majlis, DOA dan Buku Program & untuk Program Sahuka pula aku ditugaskan sebagai Sekreteriat AJK Persembahan..yeayyy sangat banyak kerja ye dctu! Semoga Berjaya JANNAH!

 oke! fine! aku tau ape korang nak cakap! hahaha agak jelas ye dctu kegemokkan aku..mekap nya agak menyerlah oke! adoyaiii...peluh pun da macam hujan jerk kalau atas pentas tu.

 macam hantu ekkk? haha lantak lah korang nak cakap pape pun..sesungguhnya ini adalah second time aku dimekapkan sebegini rupa..


ini adalah first mekap aku..haha masa nie sem satu aku terlibat dengan persembahan tarian Zapin & Sumazau dekat Dewan SITC...walawehhh!

keseronokkan bergambar sebelum membuat persembahan pada Majlis Penutupan KUPREX 1

kami adalah para penari-penari KHAR

aku & MiMi

2 comments:

~EIDA ASNIDA~ said...

agama dulu baru syarat utk menang!

sy sokong!

Ct NuRJaNNaH said...

hahaha taw xpe!
merepek jerk kan sape yg letak syrat2 cmtu..adoyaiii