Selamat Datang ke blog saya. Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow juga ye.

Dear Followers

Monday, August 9, 2010

kemanakah menghilang?

salam sayang kepada semua pembaca belog aku yang budiman lagi penyayangg!
ehhh tak masal la tu kan?

memulakan belog dengan suasana yang sengal dan bongek! ehh ape ke hal lak aku nie bahasa berterabur macam ayam berak kapur nie? ok la sebenarnya tiada ayat untuk dibina pada permulaan entry kali ini. al-maklumlah sekarang nie sangat busy mengalahkan artis u! kalau anda anda semua tidak percaya let's check it out belog ini "putripelangi" surelah kau akan percaya ape yang telah aku perkatakan tadi. oke, sebenarnya ketiadaan idea dalam memerah otak di kala ini. dan dan aku malas nak cerita kisah zaman yang sudah berabad lepasnya..sebab dah lupa pun kisah dulu. ngee...:) sesedang aku di Teluk Intan ini dan tak dapat tido sebab anak sedara dah duk tergolek golek atas katil macam katil tu dia sorang yang punye menyebabkan aku merempat di ruang tamu.jadinya marilah kita memulakan entry dengan ringkas dan simple oke?

motif gambar ini diletakkan?
sebab aku suka mata itu
mengingatkan aku kepada seseorang :)

habis kepada sesi gambar di atas. berbalik kepada topic kemanakah menghilangnya aku selama beberapa hari ini? ehmm agak panjang kisahnya dan kisah itu hanya aku dan aku sahaja yang tahu! lakkk oke aku sudah merepek kembali..di sini aku ingin mengucapkan selamat berehat kepada badan sendiri sebab sudah mampu berehat secukupnya di atas katil yang empuk lagi aman. mana tak nya aku busy sejak dua minggu lepas dengan latihan menari. cehhh baget kau artis Istana Budaya ke hape jannah oiiiiiii??? sekiranya anda anda mahu tahu sila rujuk belog yang aku lampirkan tadi..ehh macam assgment pulok yee nak lampir lampir nie! mari aku memutarkan kembali apakah yang telah aku lakukan selama beberapa minggu ini.

1. Pertandingan Tarian Rampaian ( Panggung Budaya )

2. Persembahan untuk Majlis Penutupan Kuprex 1 ( KHAR )

3. Persembahan untuk Seminar Suluk ( Auditorium )
*yang ini memang tak ley blah sebab tiga tarian sekaligus aku terpaksa lakukan

4. Persembahan untuk Program Kemuncak Sahutan Suara Merdeka ( KHAR )

sekian! anda anda semua boley bayangkan tak betapa gilanya aku pada minggu minggu ini? boley koyak lutut aku sebab menari 24 jam x 14 hari..adeiii dah lah tarian inang itu bukan calang calang orang boley buat tahu??? lenggokkan punggung aku dah macam makcik makcik nak pergi pasar malam agaknya. mana tak nya antara kami kami para penari ini hanya Cik Putri sahaja yang cantik tarian nya. ahahaha tolong lah gelak sekarang sebab aku still lagik tak boley hilangkan rasa gugup di atas pentas ketika ingin membuat persembahan. padahal empat kali sudah melakukan tarian yang sama di hadapan orang ramai. oke lah lupakan tentang ini sebentar. sebab aku takot anda anda semua muntah garam lakkk! sebelum itu mari saksikan gambar yang pertama :


sesi mekap memekap antara satu sama lain
yg pasti mekap kali ini tidak lagi seperti hantu opera Cina! 


dan...


inilah dia Cik Zila Wan Kembang..ehehe cute kan kan?

oke! cukup cukup lah tu merepek! mari kita masuk kepada Persembahan akhir team menari aku itu. yang ini agak menarik untuk diceritakan sebab tarikh pada hari itu iaitu 8/8/10 amat bermakna buat aku sepanjang aku belajar di UPSI. oleh sebab aku teruja sangat dengan tarikh itu. jadinya aku ingin menceritakan melalui gambar-gambar sahaja.

aku suka pic ini sebab ianya mengingatkan aku pada zaman dahulu kala
Hang Tuti , Hang Jeni , Hang Kasih , Hang Lekira , Hang Lekia 
haha oke fine! aku sudah mula mengarut 
hanya gurauan semata ;)

hah..ini barulah kami yang sebenarnya!
oke sila puji dengan hati yang ikhlas jika tidak anda anda semua akan dihukum pancung!
hahaha oke lagi sekali bergurau ;)

 seterusnya aksi gila melampau yang sedang meroyan sebab tak diluluskan oleh Sultan untuk berjuang!
mau tak nya lulus . tak kan lah mahu berperang dengan hanya memakai selipar Jepun! eheh..

 hah..yang ini aku dah tahu dah apa yang korang nak cakapkan
CUKUPPPPPPPPPPPP!
aku time dengan hati yang terbuka dengan PUJIAN anda anda semua
kami bagaikan gadis sunti yang sedang menunggu ketibaan jejaka idaman masuk meminang
lakkkkkk..berbunga sangat lah tu ayat aku! sengal wo jannah nieh!

 akhirnya mereka-mereka inilah masih menanti si jejaka pilihan hati kerana hatiku sudah dicuri!
hahahaha bangga sangat lah tuh kan?
padahal time nie aku yang jadik tukang jurugambar nya. :))

 akhirnya sekali . persembahan tidak lah seberapa tapiii bergambar sahaja yang lebih. malahan, sempat pula menjamu selera di Kedai Pelangi selepas itu untuk mengisi kelaparan yang menggila di dalam usus perut kami kami semua! di samping itu juga, kami kami ini sempat juga menonton perlawanan MU Vs CHELSEA..ahahaha yahuuuuuuuuu MU DA BESH lah! 3-1 kowttt..memang terbaikkk ahhh kau MU!

apa-apa pun aku sangat gembira sebab berakhirnya segala penat lelah selama beberapa minggu ini dengan bahagia. alhamdulillah dan tidak lupa juga aku nak ucapkan kepada semua umat ISLAM di muka bumi ini SELAMAT BERPUASA di bulan RAMADHAN bulan yang mulia ini. Bersama-samalah kita menjalani ibadah puasa ini dengan sempurna. Insyaallah. dan kepada awak juga :)) 







9 comments:

Ct NuRJaNNaH said...
This comment has been removed by the author.
Ct NuRJaNNaH said...
This comment has been removed by the author.
AZALINA ABDU RAHAMAN said...

pandai menari ek...best kan kalo menari. sambil jaga badan dan kesihatan.

PutriPelangi said...

ngehhh . Jann , saya mahukan gambar gambar pada Malam Satu Malaysia inii . nak update blog rasa tak besh bila tiada gambar yang nak ditayangkann . HOOHO :DD

Ct NuRJaNNaH said...

kak aza > betol3..seronok juga..hehehe :))

putri > adeiii..gambar2 tu sume sy amik dalam FB zila sygg

PutriPelangi said...

aiyaiyaiiii . -____-

Ct NuRJaNNaH said...

hehehehehe :))

CrewFathi said...

Salam Ramadhan!! ehh.. korang dijemput follow blog movie ini .. ---> http://terbarumovie.blogspot.com/ [sambil korang follow.. korang leh download movie terbaru.. Movie Tekken & Ong Bak 3 pon dah keluar da.. ]

Ct NuRJaNNaH said...

hehe thanks ya inform
akan saya jelajah blog itu
insyaallah!