Selamat Datang ke blog saya. Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow juga ye.

Dear Followers

Monday, July 26, 2010

sejak semester tiga bermula

salam salam kepada semua pembaca blog aku yang setia...ehh ada ke yang setia membaca blog aku nie? ok PERASAN jerk! ahakss..sudah tiga hari tidak memegang laptop tangan aku jadik keras & kaku lah pulak. oke BOHONG saja...hehe..apakah perasaan dikala sudah hampir setaun lebih di UPSI? ehmm..seronok sangat kowt sebab kawan-kawan semua memang besh! memahami aku yang sangat tidak konsisten terhadap emosi sendiri. entry kali nie malas lah nak cerita panjang-panjang kan..sebab nanti korang jugak yang bushan. oleh sebab aku memang suka bergambar + beraksi di depan kamera...jadinya aku akan bercerita melalui gambar-gambar yang telah di edit oleh aku..

kisah satu

saat ini aku,putri & moon sedang menunggu ketibaan bus yang agak lembap dan sengal macam kura-kura...so putri selaku jurufoto mengambil gambar kami berdua walaupun muka kami macam cuka dicampur dengan butter cup...haha :)

kisah dua


gambar selepas kelas Dr.Mahani..saje nak tayang muka-muka cumil kami semua

kisah tiga

ada pesta buku-buku novel & komik di Library UPSI..ahakss apa lagi bergambar sakan dengan patung-matung yang ada..tapi gambar dua yang atas tu menunjukkan ketekunan kami membaca buku (kecuali MOON & SHIRA) sebab mereka hanya tahu bermain dengan buku! hahaha sorry moon...tapi betol kan aku cakap? bak kata shira " baru baca satu muka surat dia da ngantuk" dan sempat lagi shira tido dalam beberapa minit pertama masa ktorg lepak kat library tu.

kisah empat

setelah penat melepak di library..masa untuk kelas Persekitaran & Pembelajaran pun bermula pada pukul 7pm-10pm..tak kematu pulak montot aku dalam kelas tu kan selama TIGA JAM! jadinya untuk mengelakkan kami mati kebosanan dalam kelas itu kami pun mulakan operasi menangkap gambar. aku tak tahu lah bape kali aku menguap masa kelas ini berjalan sebab lecturer pun ntah melalut lalut bercakap di hadapan. yang pasti ADA AKU KISAH dengan sejarah silam dia tu? hahaha jahat sangat pun tak boley jugak kan jannah?

kisah lima

menunggu bas UPSI di TAMAN BERNAM selepas kelas Puan.Mazlina. adoyaiii agak sengsara ye dengan kepanasan suhu dan cuaca di jalan tar yang pekat lagi hitam ini. TOLONG LAH bagi AKU KERETA SEBIJIK! Kereta tahun 1991 pun xpe lah asalkan ada KERETA! haha elak sebelum sampai kelas tinggal rangka jerk KERETA itu eh?

kisah enam

at last tiba jugak di gambar yang terakhir. yang mengisahkan tentang aku dia dan kamu. sebelum memulakan kelas di malam hari wajiblah kami melantak sebab perut dah kebulur dan berbunyi lagu TELL ME! makan-makan dan minum-minum di dalam bilik kuliah dengan muka yang tak bersalah dan tidak bimbang di tangkap oleh lecturer sebab CCTV tiada di dalam bilik kuliah tersebut. jadinya WAJIB untuk kami melakukan pelbagai aksi maksi sebelum kelas FALSAFAH bermula.

itulah diantara cerita aku sepanjang dua minggu di UPSI. dan tidak lupa juga jawatan yang telah berjaya aku sandang sebagai REXCO KESENIAN & KEBUDAYAAN yang memegang jawatan PENYELARAS DUA. dan diharap kawan-kawan blogger semua dan pembaca budiman sekalian dapat mendoakan group TARIAN aku mendapat tempat pertama di hari pertandingan nanti. kami wakil daripada Kolej Harun Aminurrashid akan mempersembahkan tarian ZAPIN & INANG yang akan berlangsung di Panggung Budaya hujung bulan ini. amat-amat takut ok! apa-apa pun wish me all da besh!

2 comments:

Munira Muhiyddin said...

entry yang penuh gmbaq aku . aku sangat SUKA !! . t aku nak copy pic kat library tuh k :))

Ct NuRJaNNaH said...

haha kau memang!
PANTASSS jerk kan?