Selamat Datang ke blog saya. Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow juga ye.

Dear Followers

Saturday, July 3, 2010

seharian berjalan-jalan

hoho seronokk hari ini! terpaksa bangun pagi-pagi buta sebab mahu ke rumah kak sara & abg man di Damansara Utama...ada ceramah agama..alhamdulillah syukur dengan harta mereka yang banyak itu di gunakan ke jalan Allah. ceramah itu mula pada pukul 9pagi..jadinya kami perlu bertolak dari Cheras pukul 8pagi lah kan? sampai je di rumah kak sara..ceramah pun bermula..dari pukul 9pagi-10.30pagi..best sangat penceramah yang bagi ceramah itu. Beliau selaku pendakwah amat pandai menarik para pendengar untuk menghayati ceramah nya itu. Ceramah yang beliau bentangkan tadi adalah tentang sabar menghadapi segala cabaran & dugaan dari Allah.

banyak sangat ceramah nya tadi yang terkena dengan diri aku. hahaha malu okkk! tapii naseb baik la makcik2 dan datin2 yang ada dalam kuliah agama itu aku tak kenal..kalau takk malu dengan sikap panas baran yang ada dalam diri aku ini. ehmm biasalah kan pagi-pagi dengar ceramah agama pulak tu..mengantuk itu sudah sinonim dengan diri aku ni..alangkan dalam bilik kuliah pun dah tersengguk-sengguk dek kerana suasana yang sejuk lagi mendamaikan..hehe tapi naseb baiklah mata aku nie bertahan sehingga ceramah itu habis. Pelbagai perkara yang diterangkan dengan jelas oleh pendakwah tu..antaranya tentang apa makna sabar? 

Sabar adalah bermula daripada perkataan Arab yang bermaksud 'shabara' iaitu tetap & tidak berubah-ubah. maknanya sikap sabar itu hendaklah sentiasa konsisten & tetap dalam diri untuk mengukuhkan lagi keimanan dalam diri seseorang. dengan sikap sabar inilah yang menguji kekuatan iman dalam diri kita. Contohnya macam diri aku sendiri diberi ujian penyakit yang sampai sekarang tidak pulih-pulih lagi..maknanya aku perlulah sabar menghadapi dugaan penyakit ini..jadinya dengan sikap sabar aku tu lah Insyaallah..Allah akan menyembuhkan segala penyakit yang aku hadapi. macam-macam lagi contoh yang diberi oleh pendakwah tadi dan sedikit sebanyak dapatlah aku jadikan pengajaran & pedoman dalam hidup aku nanti.

habis ceramah, kami dijemput untuk menjamu selera...Uncle Bidin&Untie Bibah, Uncle Ciem&Untie Farida pun turut hadirkan diri..manakala Mak Long mak abg Man memang tinggal bersama anaknya. macam-macam pula hidangan yang disediakan..antaranya adalah Nasi Lemak,Bubur Campur,Roti Bom Mini & kuih-muih serta kek juga disediakan sebagai pencuci mulut. Alhamdulillah..kenyang sudaa..hehehe..lepak-lepak jap dekat rumah kak sara tu..selepas itu aku,abah,mak,kak yan & kak ct selaku driver kami pun mula gerak ke Shah Alam untuk hantar kak yan ke rumah sewanya..tapi sebelum itu kami sempat menjamah Cendol dekat area-area rumah kak yan..dan selepas itu kami pergi ke Jusco Bukit Raja,Shah Alam..untuk membeli barang-barang keperluan kak yan.

agak lama jugak lah kami dekat sana.macam-macam kak yan beli...mulalah aku mintak cadar baru dengan mak..hahaha gelak jahat namanya tuh! ye seperti biasa aku memang suka amik kesempatan...buat-buat muka simpati dengan mak sebab nak bodek cadar baru..mak pun dengan muka separuh rela terpaksa lah layan anak bongsu dia yang sorang nie..tapi! mak kata nanti dia nak mintak claim dengan abah..hahaha..mak mak..macam-macam leee! kak yan pula beli alas cadar yang tebal ckit tu dengan bantal baru...empukkk habiss! tapi tapi tapi yang paling aku tak boleh blah..kami terlupa hari ini adalah hari SABTU yang mengempenkan kegunaan plastik beg tidak dibenarkan pada hari ini. ohh noo! terpaksa lah kami mengusung segalanya ke abah & sambung kembali shoping-shoping...habis shopping..kak yan ajak singgah Baker's Cottage..banyak gile roti-moti yang sedap-sedap sampai aku rasa macam nak borong jerk semua tu bawak balik rumah..haha kebulur sangat pun tak boley jugakk kan? sementara aku tengah pilih-pilih roti mana nak beli...kak yan jawab call dari abah..rupanya abah sudah belikan kami KFC..haha sorang satu SET ekkk..memang sayang abah lebihh ahhh! kami pun beli roti sikit-sikit jee..dan kembali ke tempat duduk abah tadi..abah seperti biasa memang tak boleh jalan jauh-jauh sebab kaki dia tak kuat sangat..so abah pun duduk jela dekat kerusi rehat yang ada dalam Jusco tu. mak pula menemankan abah.

tapi tiba-tiba kan ada sorang mamat nie duduk sebelah mak..dia tengah kendong baby cumill (cehh time tula cumil kan) sebab bapak nya agak hencem & mudaa! aku pun buat-buat lah layan baby tu..haha padahal ada NIAT tu kan..dan rupa-rupanya baby tu just anak sedara dia jee..hahaha patutlah kau muda semacam jaaa..abah sempat interbiu mamat cute tu..dia Student UKM...second Year! yeah yeah sama baya rupanya kita ye mat! seronok aku! hahaha...sengaja aku tanya nama anak sedara nya itu..mamat tu terus angkat kepala dia dan mata dia tengok aku..dia kata baby tu namanya NAQIB pastu kak ct menyampuk tanya "nama bapaknya pula siapa"? hahahaha....lawak giler..tak dapat borak lama-lama sebab da nak balik da..hantar kak yan pulak ke rumah sewa dia..dalam kereta mak tak habis-habis kata..mamat tu baik je sopan je..manis pulak tu orangnya...aku pun jawab pada mak..nape mak tak mintak no fon dia mak? hahaha gatal kau ye JANNAH! 

gambar tidak akan diupload sebab terlalu teruja jumpa mamat cute itu...hahahaha (harap-harap kita ketemu lagi kan awak?) balik dari Shah Alam..terus aku pengsan tak sedarkan diri..seronokkk sangat lah tuu..:)

No comments: