Selamat Datang ke blog saya. Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow juga ye.

Dear Followers

Friday, July 2, 2010

hobi terbaik adalah makan!

alhamdulillah..akhirnya tiba jugak aku dekat rumah abang aku di Cheras. aiyooo..berat sungguh kereta dibuat dek beg-beg baju dan sebagainya. semua itu adalah kepunyaan aku. aku stay kat rumah abang aku mulai arini sampailah jumaat depan...sampai aku naik semester baru bermula 12/7 ini.jadinya abang aku je la nanti yang akan hantar aku balik ke Tg.Malim sabtu depan.thanks to kak yan sebab tolong angkat beg-beg aku yang macam tong BESI tuh.sumpah memang aku teruja nak naik sem baru sebabnya banyak benda baru yang aku beli. alhamdulillah sangat-sangat..merasa jugakkk punya baju kemeja sendiri..ahakss..kalu tidak asik mengharapkan blouse kuning yang kak mar bagi aku tu jela..

berbalik pada rumah abang aku, sampai jerk tadi aku dan kak yan terus punggah brg-brg aku ke dalam rumah. lepas itu, mak pulak sudah masak macam-macam makanan dari Muar yang di bawak ke umah abang aku nie. kak mar pulak pesan suruh abah bawak durian..haha dia terliur pas baca entry aku yang makan DURIAN tu agaknya...mak masak LAKSA JOHOR (tp guna spagetti jaa) & NASI BUAH semua itu adalah fav aku & adik-beradik aku..ahaha..abang aku balik keje jerk dia sudah beli 2kotak CUPCAKES..yeayyy! FAV aku lagikk! dan sebenarnya Cupcakes itu sempena menyambut besday kakak ipar aku (kak miza). kak mar datang dengan suami dia..jadinya mula sesi makan memakan diantara kami adik-beradik.oh tidak lupa juga kepada MURTABAK SINGAPORE yang terkenal dekat MUAR itu turut dipesan oleh abang ipar aku suruh abah beli sekali..hehe kelakar je kan..banyak betol makanan dalam kereta aku tadi. 

bermula dengan nasi buah,selepas itu laksa johor,selepas itu murtabak,selepas itu cupcakes dan akhir sekali kak mar mengada suruh abah kopek BUAH DURIAN pulak...seronok kan main lagik kak mar dapat gatah durian..padahal perut dia da kembung semacam jerk time tu..tapi disebabkan oleh DOYAN..tetap dimakannya jugakk..haha lawak betol kakak sulung aku tuh..sambil menjamu selera kami pun menonton cerita JANJI KEKASIH sementara menunggu PIALA DUNIA keudara..aiyaiii..seterusnya sila la tatap gambar-gambar yang sempat aku tangkap sebentar tadi..:)) ehmm cumanya..apalaa yang aku perlu buat selama seminggu di Cheras ek...huhuhu

kotak-kotak cupcakes
aku suka tulisan LUV U tu...
model cupcakes..haha..aku bagi abah ultramen berperisa vanila
hingga menjilat jari & gigi
pilihan aku semestinya DORAEMON berperisa coklat

p/s: harap-harap dapat tengok wayang cerita Twilight Eclipe..

No comments: