Selamat Datang ke blog saya. Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow juga ye.

Dear Followers

Sunday, July 18, 2010

belog peneman dikala sepi kan?

seminggu sudah berlalu selepas semester ketiga ini. entah kenapa rasa macam lain pulak. yelah..maybe sikap aku atau cara aku yang salah kowt...baru aku sedar selama nie apa yang kak yan kata tu betul. kalau nak berkawan hanya sorang dua saja yang boleh rapat dengan kita..hanya sorang dua saja yang akan ngam dengan kita. aku tak de niat nak tujukan entry kali ini pada sapa-sapa. yelah..maybe sikap aku yang perasan MATANG ini buat orang tak berapa selasa nak berkawan dengan aku. macam mana ya nak ubah perangai supaya tidak di benci oleh orang lain?

mungkin kata-kata aku selalu menyakitkan hati orang lain. mungkin sebab sikap aku yang sentiasa nak menang walaupun SALAH buat orang sukar nak mendekati aku. untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. sorry sangat-sangat sebab dah tak bape rapat dengan korang. entah lah..aku pun kadang-kadang rasa janggal pulak. macam mulut nie sukar nak berkata-kata. rasa macam nak balik MUAR dan tak nak duduk KHAR. kenapa ek semester kali ini aku agak DOWN? 

maybe sebab sekarang nie aku dah tak diperlukan. hahaha jiwang giler ayat ek. rasa macam nak tempeleng jerk diri sendiri. ye..kalau dulu jika ada masalah pasti mereka mencari aku. jika dulu kalau nak makan pun pasti mereka pujuk aku. pasti mereka datang ke bilik aku. kalau ada selisih faham pasti mereka bercerita dengan aku. adakah aku yang bersikap kebudak-budakan? sudah lah jannah...jangan fikirkan sangat tentang perkara ini. kau masih ada mak abah,kakak & abang untuk diingati. thanks kepada semua yang pernah menjadi sahabat aku. sesungguhnya aku amat menyayangi korang semua & menghormati pendirian korang. semoga Allah merahmati kita semua. :)

sumpah saat ini aku amat perlukan seseorang dalam hidup aku. yang sanggup bersusah payah untuk aku. yang sudi pinjamkan telinga dia untuk aku luahkan segala masalah aku. yang sudi pinjamkan bahu dia untuk aku melepaskan segala tangisan yang aku pendam selama ini. yang sudi melayan segala perangai & tingkah laku aku. yang tak pernah keluh dengan perangai aku nie. yang tak pernah marah dengan segala apa yang aku lakukan. tolonglah bagi aku kekuatan sepanjang aku berada di semeter tiga ini. tolonglah bagi aku semangat supaya aku tak rasa dipinggirkan dan disisihkan. supaya aku tak rasa di tinggalkan dan di pulaukan. supaya aku masih lagi boleh bergelak ketawa bersama mereka. salah aku ke? ya memang salah aku! cukup jelas dan terang kesalahan diri sendiri.kenapalah jannah ini semakin sensitif ye? mungkin sebab period aku yang tak nak benti-benti buat aku tertekan kowt..huhu terimalah kenyataan jannah. kau bukan lagi yang PERTAMA.

2 comments:

f i f i e ! said...

awak..
saya sentiasa perlukan awak sebagai sahabat sya..
serius saya sayang awak sangat3 !
iloveyou
:(

Ct NuRJaNNaH said...

fifie- i love u too la!
rasa macam nak pelok fie kuat kuat
tolongla bantu sy ubah perangai sy nie