Selamat Datang ke blog saya. Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow juga ye.

Dear Followers

Monday, July 26, 2010

Ampang Tasik & Pavilion & Times Square & Sungei Wang

 wah wah jika dilihat dari tajuk entry aku kali ini macam gempak-gempak jerk kan? haha al-maklumlah aku hanyalah orang kampung yang datang ke bandar jadinya HARUS lah berasa teruja apabila melihat bangunan-bangunan yang besar lagi gah. tidak begitu rasanya? hari Jumaat yang lepas, aku,putri,moon,nik & fifie bergerak ke KUALA LUMPUR untuk pergi ke rumah Cik PutriPelangi di Ampang Tasik. dengan muka tak malunya kami berempat menumpang bermalam di rumah beliau selama tiga hari dua malam. alhamdulillah...mama,abah & kakak serta baby Qayyum menyambut kedatangan kami dengan hati terbuka. thanks banyak-banyak kepada putri sefamily. masakan mama & abah juga sangat sedap & membuatkan aku semakin gemok kedempol sebab asik menambah nasi jerk. haha harap maaf diet kali ini tidak menjadi lagi. jika sudah larut malam baru sampai di rumah...maka tidak boleh lah berjalan-jalan di malam hari kan? 

 Munira Muhiyddin yang bergaya & meletop!

jadinya kami sudah merancang untuk berjalan-jalan & shopping & teruja & macam-macam lagi rasa sebab terlalu seronok. hari SABTU adalah penentu segalanya..hahaha kami bertolak pada pukul 11am , menaiki teksi ke LRT CEMPAKA..untuk pergi ke destinasi LRT HANG TUAH. yeayyy jalan punya jalan dengan mengunakan kaki sahaja kami sudah sampai ke PAVILION. wahhh sangat teruja oke dengan bangunan itu. jadinya bermulalah rancangan kami untuk menonton wayang di sana. aku dan fifie memilih untuk menonton cerita TOY'S STORY 3 dan putri,moon & nik bersepakat untuk menonton cerita MANTRA. kenapa aku tak join mereka? sebab aku malas nak tengok cerita hantu. (nanti termimpi-mimpi pula) haha sengal kan? tapi yang pasti cerita TOY'S STORY 3 memang best!kelakar nak mampus! pecah perut aku dengan fifie asik gelak jerk..apa-apa pun dalam cerita tu memang banyak pengajaran yang boleh diambil sebagai iktibar kita sebagai seorang manusia. kalau nak tahu kenapa aku kata begini? tengoklah sendiri..hahaha cerita tu pun dah lapuk kan kan..entah-entah aku orang last yang tengok cerita itu. 

 sebelum kami menonton wayang..NIK yang sudah merancang untuk bershopping sakan telah memilih satu butik pakaian untuk sesi pengosongan DOMPET. manakala aku?hanya mampu melihat sebab of coz lah harga baju-baju di situ mahal giler kan?manalah mampu aku nak membelinya. dan aku hanya mampu sesunggguhnya adalah bergambar sahaja di dalam itu butik. sementara menunggu NIK ke Fitting Room aku,fifie dan moon sempat merakamkan sekeping gambar untuk membuang mood jeles sebab tak dapat shopping di butik NICHII ini!
 PutriPelangi & Moon
 Nik Ira & Fifie
 Fifie & Jannah
 oleh sebab wayang mula agak lambat jadinya kami berlima membasahkan tekak di Starbucks bersebelahan dengan GSC, PAVILION. adoyaii...even mahal macam nak beli kambing seekor tapi HOT CHOC kat STARBUCKS memang terbaik ahhh! besar pulak tu gelas dia kan..walaupun aku amik medium sahaja.. agak jakun ye di sini sebab aku memang tak pernah lepak kat starbucks lagi. paling-paling koman pun lepak dekat OLDTOWN WHITE COFFEE jer la..tu pun abang yang tercinta belanja! hahaha yes yes seronokkkk!

habis jalan-jalan di PAVILION...shopping itu bersambung ke Sungei Wang pulak..NIK mahu mencari kasut. wah wah macam-macam ada dalam Plaza Sungei Wang itu..aku jadik amat jakun & teruja oke! beshnya lah kalau aku ini anak orang kaya sure aku dah borong semua sekali! dah la handset yang amat aku gemari iaitu W508i agak murah harganya berbanding harga dekat TG.MALIM nie. waaaaaaaaaa...siap nanges lagik dekat sana sebab nak kan HP tu..eeee sengal betol jannah nieh! HP lama kan ada lagi..jangan membazir sangat yee..nanti da keje beli lah HP apa pun yang kau nak! tapi tapi tapi aku tetap nak HP W508i itu jugakkkkk!

selepas habis air mata aku mengalir sebab nak HP tu..aku pun tangkaplah gambar sebagai bukti! haha tak delah sebenarnya aku & moon kebosanan sebab tak de mende nak wat kan sementara NIK & FIFIE dan PUTRI & ANIS (kawan putri) berjalan-jalan. jadinya kami berdua menghabiskan masa di hadapan kamera. hahaha sengal jaaaa! 

setelah penat berjalan di Sungei Wang..kami singgah jap kat Times Square..usha-usha jap apa yang ada yang boleh dibeli dan dijoli..tapi! memang tak de pun sebab tak mampu! haha semuanya mahal-mahal belaka..dan kadang-kadang aku pelik jugak macam manalah orang kat KL nie hidup kan? cukupkah gaji mereka tiap-tiap bulan nak menampung kos sara hidup di KL ini. wahhhh..jannah sudah masuk subjek EKONOMI nie kenapa ye? 

mungkin sebab aku tertarik dengan pasangan-pasangan remaja yang berpeleseran di TS itu. ada lima orang budak di situ. dua lelaki sorang perempuan sedang memegang sekotak kek SECRET RECIPE dan di jarinya terdapat sebatang rokok. mula-mula aku lihat rasa macam nak lihat lagi...beginikah gaya hidup mereka selama ini? manakala dua orang couple ini pula sedang bermanja-manja di sisi teman mereka. YA ALLAH, dunia ini sudah terbalik kah? mengapa mereka sanggup melakukan semua itu? adakah salah diri mereka atau salah ibubapa mereka? aku bersyukur sebab masih mempunyai mak dan abah yang menjaga setiap tingkah laku aku sepanjang 19 tahun aku hidup di muka bumi ini. sebab aku tahu umur mereka itu masih di bawah aku. mungkin umur mereka sekitar 15-17 tahun...gaya mereka macamlah umur mereka sudah 25 tahun. adoyaiii...layakkah jannah ini bersuara? ehmm apa-apa pun semoga mereka diberikan petunjuk dari ALLAH.

ok aku sudah mula bertazkirah ye dicni..hahaha bukan apa..aku macam terkejut dengan budaya anak-anak remaja di KL..mungkin di MUAR aku tak nampak semua itu..maklumlah MUAR itu hanyalah kampung dan bukan seperti bandar-bandar besar di KL ini. yang pasti MOON pun terkejut jugakkk melihat tingkahlaku mereka. balik dari Times Square..aku mandi,makan & tidur. AHAD balik ke tg.malim pada pukul 6pm di hantar ke HANG TUAH oleh mama,abah,kakak.abg pojie dan Qayyum. alhamdulillah kami selamat sampai pada pukul 7.35pm di KHAR. aku dan putri bergegas siap untuk ke KAMPUS sempena MAJLIS PELANTIKAN WATIKAH REXCO. dan semalam merupakan malam yang amat sejuk sebab aku dah mula demam dan batuk-batuk.SEKIAN!

4 comments:

Munira Muhiyddin said...

tahniah Jann !
kau hapdet dulu . aq n Put sgguh malas :))

btw ,
ayat "MUNIRAMUHIYDDIN SUNGGUH BERGAYA DAN MELETOP" wat aku blushing lah nyahhh !!

mek tetap perempuan straight . haha :DD

Ct NuRJaNNaH said...

hahaha ala aku bushan semalam tu yg hupdate dulu..nnti korang lak update kan?

jap2 ayat MEK tu memang xley blah ekkk!

PutriPelangi said...

waka waka ehhhh . :DD
makan dalam eyk budak KL itu . lalalal

Alhamdulillah saya tidak terjerumus seperti mereka . wahahaha .

Ct NuRJaNNaH said...

hahahaha syukur!
alahai..biarkan saja mereka itu kan