Selamat Datang ke blog saya. Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow juga ye.

Dear Followers

Monday, June 14, 2010

weekend yang menggembirakan!

JUMAAT...apa yang ada pada hari Jumaat? ya! Jumaat lah yang ditunggu-tunggu oleh abah untuk jenguk anak-anak nya di Kuala Lumpur..adeyyy..seperti biasa KL da macam rumah kedua pulak bagi aku,abah,mak & kak yan. semuanya sebab abg ain (suami kak uda) yang telah berpindah ke Putrajaya. macam biasalah kan ktorg akan bertolak dari Muar ke Kajang/Cheras (rumah abg airi) pukul 3 petang. sampai Cheras dalam pukul bpe ntah..haha LUPA ok! yeah..aku berjaya men'DRIVE' kereta kelisa kakak ipar aku..amik Si Comel Asyraf & Si Montel Irsyad dekat rumah pengasuh dorg. besh besh walaupun kaki tangan aku menggigil drive kereta..haha..

dan malam tu meriah sangat dengan kehadiran kak mar & abg sham serta kak ude & abg ain dengan Hadi dan Aiz. rumah abg airi dah macam pasar malam agaknya..sebabkan kemeriahan & kekecohan adik-beradik aku. dan oleh sebab malam tu jugak Piala Dunia 2010 bermula...kak mar dengan abg airi siap gaduh lagi nak bukak channel apa..haha yang abg airi nak tengok bola..kak mar pulak nak tengok cerita dekat TV3..adeyyy kalau lah TV kat rumah abg airi tu boleh pecah dua aku rasa memang BAHAGIA hidup dorg..haha..yang penting seronok sangat-sangat malam tu sebab dapat kumpul SATU FAMILY.




SABTU...bangun jerk terus siap-siap pergi kenduri kahwin dekat Dewan UPM...seronok jugakkk...makanan dia fulamakkkk! mantap beb! sedap gilakkkkkk! PAPADOM pown ada..haha..okok..balik ja kenduri kahwin siap-siap pulakk nk pergi ALAMANDA..tengok wayanggg KARATE KID..nice story & very the BOM..hehe tapii kali ini aku duduk jauh dari kak yan ngn kak ct...sangat TIDAK TENANG okk dengan orang-orang sekeliling aku..depan belakang kanan kiri semuanya MEMEKAK gileeee! HANGIN lugakkk la kan...tapii apa yang penting kejadian yang sangat memalukan telah berlaku kepada aku..hehe..itss okk..semua tu PENGAJARAN JANNAH! habis tengok wayangg..ktorg singgah beli kurma roti & macam2 lagik..kerja aku ritu asik makan & makan jee laaaa...malam tu pulak ktorg semua berangkat pergi rumah baru abg ain & kak ude kat PUTRAJAYA.. Congratezz pada abg ipar aku tu sebab dapat SPA & sekaligus dapat Apartment baru kat sane..jangan main-main taw..walaupun dah kene reject banyak kali tapii abg ipar aku tu TIDAK BERPUTUS ASA..so pada sapa-sapa yang tak dapat mohon SPA janganlah anda berputus asa ok? INSYALLAH rezeki ada di mana-mana...:) pape pown SATE KAJANG memang sedapppp!




AHAD...sudah tentu lah ktorg balik ke Muar kan kan..tapiiiiii sebelum balikk abg ain bawak ktorg BERSENAM dekat Kompleks A & B kat putrajaya..sungguh aku sangat terpegun dengan bangunan-bangunan yang GAH lagi masjid-masjid yang cantik ukiran nya...agak JAKUN sekejapp yee dctu..dulu abg sham selalu gak bawak jalan-jalan kat putrajaya niee..memang BESAR PUNYAAAA! eheh..dan bangunan AKAUNTAN serta bangunan JABATAN PENDIDIKAN jugaaa BESAR! agak-agak layak tak aku kerja kat sana?hehe jangan BERANGAN lah JANNAHH..macam lahh result kau 4 FLAT! okok..berbalik pada KOMPLEKS A & B tu memang luas dan hebat! bangga dengan NEGARA sendiri ok! saksikan laa..





inilah dia tempat senaman dekat Kompleks tu..besh tahu??? KAU ADA??? agak-agak kalau aku senam kat sini dalam dua tiga bulan KURUS lah aku..hahaha nak pindah PUTRAJAYA boleh tak? hehe...BERANGAN LAGIKKK! okok..habis jerk bersenam WAJIB lah breakfest dulu kan..hehe KEDAI MAMAK menjadi pilihan kami anak-beranak..tapiiii aku hanya makan TOSAI je..hahaha..DIET lah kononnyyaa! selepas itu ktorg pown balik ke Muar...bersambung pada belah petang pulakk abah ajak aku,kak yan & mak ke MELAKA..so kiranya hari AHAD tu memang hari aku berjalan sakan la kan...tujuan ke MELAKA adalah untuk melawat sedara aku yang kahwin semalam dekat Batu Berendam. TAPIIIIII sudah bertukar kepada membeli kain-main di NAGOYA dan berShopping sakan dekat JUSCO. thanks to ABAH..belikan aku kasut baru! dan sampai jerk Muar..mak ajak pergi makan di Man Station..makan Chicken Chop pada pukul 11 malam..hahaha GEMOKKKKKKKK dowh!


kisah di NAGOYA..oleh sebab sudah lewat petang..jadi NAGOYA kekurangan pekerja..ramai pekerja NAGOYA mahu pulang rumah...tapi orang pulak makin ramai datang ke NAGOYA..tak de orang yang potong kain semua..aku & kak yan naik geram la kan dok tercongok kat situ..sampai kak yan kata kalau lah boleh angkat kain tu bawak balik rumah kan senang..hahaha kau orang tengok jela..tunggu lama sangat sampai macam-macam aksi ktorg buat kat situ..yang lawaknya ada dua orang makcik nie..setiap kali aku & kak yan pergi dekat satu kain mesti makcik tu pown ikut jugakkk...adeyy potong stim betul makcik dua orang tu....kak yan kata makcik dua orang tu SELERA TINGGI..nak kain macam kami..hehe..


 balik dari NAGOYA..cuaca agak sederhana yang menandakan kedatangan hujan bakal menjelma..dan dan mak jerit dalam kereta PELANGI! hehe gambar ini aku tangkap KHAS untuk Putri Pelangi! cantik sangat-sangat! sungguh indah ciptaan ALLAH kan?


kisah di JUSCO pulakk..sampai jerk JUSCO ktorg semua pergi surau dulu untuk menunaikan solat..alhamdulillah selesai solat..aku & abah pergi ke tengah foyer..ada event apa ntah..tapi aku lebih tertarik dengan ikan NEMO dan MUTIARA yang ada dekat foyer tu..nampak hidup kan? benda-benda tu semua dorg buat dengan menggunakan BELON..percaya tak? aku terpegun dengan ke kreatifan mereka-mereka yang menciptakan bende alah nie semua..

No comments: