Selamat Datang ke blog saya. Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow juga ye.

Dear Followers

Saturday, June 19, 2010

kesilapan ku?

yup..setiap orang akan melakukan kesalahan tapi adil ke apabila kesalahan itu disamakan dengan orang lain yang tak bersalah pun? ehmm..kadang-kadang aku pelik dengan sikap manusia nie..kata sayang..tapi sayang bagaimanakah yang diluahkan? kata suka tapi suka yang bagaimana yang digambarkan? kata cinta tapiii cintakah itu kalau sering menuduh sana & sini? serius aku cakap aku paling benci kalau orang tuduh benda yang aku TAK BUAT! yeahh...mungkin juga aku nie terlalu takot dengan bayang-bayang sendiri? entah la..kadang-kadang aku tertanya-tanya siapalah empunya tulang rusuk yang berada dalam badan aku sekarang...mungkinkah orang itu jauh dari aku atau dekat dari aku? yee..aku rasa macam mahu jadi seperti penulis novel..yang boleh saja meluahkan apa yang dirasa dalam hidup sendiri?nak tau tak..sebenarnya jika aku stress yang amat..aku akan makan sebanyak yang boleh..kira sampai perut aku nak meletop pun aku still akan sumbat apa-apa je ke dalam perut aku nie..jadik paham-paham jela kan kenapa aku gemokk macam nie..nampak sangat selalu stress (kecewa) hehe..entah apa-apa je kan? yee mungkin sebab itulah sampai sekarang penyakit aku tak sembuh-sembuh..makan terlalu banyak sampai hormon pun tak stabill..emm bila ye darah tu nak berhenti? mungkin sampai aku tiada di muka bumi ini atau mungkin juga sampai ke tua aku tak boleh berkahwin? dan mungkin juga sebab itu ramai yang tak nak pada aku..hahaha orang kata setiap penyakit yang ALLAH bagi adalah penawar kepada dosa-dosa yang pernah dilakukan sebelum ini..jadinya nampak sangatlah dosa-dosa aku yang lepas masih belum diampunkan oleh ALLAH sebab itulah penyakit ini masih lagi ada dalam badan aku...semoga ALLAH mengampunkan dosa-dosa yang pernah aku lakukan dulu...AMIN!

adeyy..entah apa-apa saja SI JANNAH ini merepek kan? tapi itulah hanya aku yang memahami diri sendiri..tidak orang lain...yee aku cuba melupakan semua tapi terlalu payah & amat payah..kenapa diri ini terlalu lemah? adakah perempuan dilahirkan ke dunia memang untuk menjadi lemah selemah lemahnya? kenapa orang yang baru sahaja mengenali diri aku mudah sangat meletakkan kesalahan & menuduh aku macam-macam? patut ke itu? aku memang tak sabar menunggu ketibaan semester baru..mungkin aku boleh melupakan semua itu..mungkin...tidak mungkin kan? sebab yang merasakan segalanya adalah diri aku...hanya aku! kini aku berazam untuk mengurangkan berat badan...perlu untuk aku berubah. perlu untuk aku mengikat perut...perlu untuk aku berjimat-cermat..perlu untuk aku menjaga kesihatan..barangkali ini juga kerana dosa-dosa ku yang lalu...aku tak nak susahkan mak abah lagi...lupakan lah semua itu JANNAH...aku sudah besar..fikirkan tentang ibu bapa mu..yang bersusah payah membesarkan diri mu...perlu ke bersedih? sedangkan orang itu seronok mengetawakan dirimu...sedarlah JANNAH...tiada siapa yang dapat menolong dirimu..jika kamu tidak menolong diri sendiri...perjalanan hidup aku masih jauh lagi...yeee JANNAH kau baru 19 tahun..masih muda lagi..masih jauh lagi untuk itu..

eh eh jangan ada pulak yang menangis baca entry aku kali nie ye..maybe aku ingin bersara sebentar daripada menulis blog..jangan terkejut pulakk kalau-kalau kau orang tengok novel keluaran aku keluar di pasaran..lakk berangan sangat tu JANNAH..hahaha..kak ude..adik mu ini sudah jiwangggggggg! tolongggg tolongggg jangan repot kat abah ye...saya cuba untuk berubah! ye cepat lah 11 JUNE 2010..nak pergi kuliah..rindu kat lecturer..rindu kat kawan-kawan UPSI..rindu nak gaduh-gaduh dengan orang...rindu nak pergi pekan TG.MALIM..rindu nak rayau-rayau kat Times Square..ohh lupaa..NANA jangan lupa bawak aku pergi GENTING yee..MIRA akan ku jejaki rumah sewa kau kat CHERAS tu...naek semester depan dah tahu dah nak buat apa tiap-tiap hujung minggu..hahahaha...yeahh yang penting KTV & WAYANG akan ku singgahi.. ye Cik Munira Muhiyddin & Cik Putri Nurul Nabiha macam biasalah tiada kamu..tiada juga gelak ketawa saya..lagi TIGA MINGGU k..oleh itu..tamatlah sudah entry untuk bulan ini. akan bersambung  apabila aku naek semester baru nanti..masih tertanya-tanya blok manalah nanti aku tercampakk..hope serumah dengan orang-orang yang dikenali..:) kredit to ZAHRAH..thanks sayang..kaulah kawan aku yang terbaikk..nasihat kau sedang aku amalkan...kau juga 'kakak kembar' yang memahami diri ini..sayang kau lebihhh ahhh!

ok sekarang ini aku sudah gilaa sama ini lagu! saya sudah hafal setiap lirik-liriknya juga..haha baguskan JANNAH nie..cepat saja hafal benda karut-marut nie..kang suruh hafal YASIN terpinga-pinga kau! apa yang pasti sebelum tidow mesti bukak lagu ini dulu...mungkin lagu ini peneman aku dikala sepi..cewahhh menyampah pulak aku dengan JANNAH nie..haha aku tau korang mesti akan cakap cmtu kan? ahhh suka aku r blog aku bukan blog korang..lantak aku la nak tulis apa-apa pun..hehe...to kawan-kawan mesti korang windu nak baca blog aku kan? nantilah akan ku sediakan sebuah novel khas untuk korang dalam masa terdekat nie...:) ce wahh macam lah kau tu ARTIS FOFULAR JANNAH oii..perasan jee ramai peminat..padahal satu hape pun tarakkk! hahaha..ok ok aku syok sendiri jee..to my beloved kak ude thanks coz sejak akhir-akhir nie semakin rajin komen blog jana...sayang akak lebihhh ahhh! itulah gunanya ramai kakak..kau ada????hahaha..jangan jelesss! go jannah go jannah don't break ur heart jannah! to kak yan jugakk..thanks sebab tak bagi jana makan banyak-banyak..kalau tak sure perut jana dah berlapis-lapis da..hehe..ehmm agak-agak berat aku sekarang (88kg) boleh turun kepada (60kg) tak dalam masa tiga minggu?hahaha JANNAH dengan angan-angannya lagi..macamlah kau sedang menjalani program THE BIGGEST LOSER JANNAH! mahu kurus USAHA SENDIRI PAHAM??? ok la semakin menjadi-jadi pulak kerepekan aku nie..k babai semua :)

4 comments:

MuniraMuhiyddin said...

saba la Jannah . setiap manusia ada dugaan masing-masing . kita jep yang tak tahu . mungkin depan nampak happy . tapi hati siapalah tahu . orang yang sabar diuji , orang yang disayangi Allah .

baiklah . berbaloi aku baca keseluruhan entry yg panjang gilos . sebab di hujung cerita ada tercatat nama aku . terima kaseh . aku doakan kau cepat sembuh ye kawan . AMIN :')

Ct NuRJaNNaH said...

moon: thanks bebeh! aku sayang kau jgk..doakan ye..tak sabar nak jumpa kau! byk cerita nieee

Munira Muhiyddin said...

aku tak balik Tg Malim
aku belajar jarak jauh
emel sahaja penghubung kita
heeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Ct NuRJaNNaH said...

moon: berangan sangat xley jugakk! kau pikir kau stadi kat OVERSEA ke?
kite stadi kat UPSI jee tahu??