Selamat Datang ke blog saya. Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow juga ye.

Dear Followers

Wednesday, June 30, 2010

kenangan semalam...




ehmm tengok tajuk aku macam la hebat sangat ye..hehe padahal just nak bercerita tentang semalam..kisahnye mengenai aku & noni yang merancang untuk mengambil sijil darjah enam & darjah khas sekolah agama kami. kali ini aku memulakan entry dengan letak gambar-gambar dulu...saja nak menayang muka cumil kami!yang noni beria kata ambil dekat PEJABAT AGAMA jadinya kami pun pergila ke sana dengan hanya memakai tshirt & seluar! sampai ja dekat pejabat agama tu kami pergi ke pondok jaga dulu..tanya apa-apa yang patut kami rasa nak tanya lah kan..dan pakcik jaga tu pun bawak la kami ke pejabat...tapiiiiii! kejadian yang memalukan aku & noni sangatlah difikirkan wajar sebabnya aku dah tahu mahu pergi ke PEJABAT AGAMA jadinya pakaian yang sesuai ketika itu mestilah apa??? yuupp! BAJU KURUNG ye anak anak sekalian! malu okkk bila ditegur oleh abang kerani yang kerja dekat situ..aku masih bernaseb baik lah kan sebab pakai tracksuit yang si NONI pulak memang saja tempah maut pakai JEANS...abg tu suruh kami balik & datang semula esok tapi ambil sijik tu dekat sekolah agama aku...adoyaiiii..bengang plus plus aku depan abang tu..

tapi naseb baik la pejabat agama tu sebelah sekolah agama aku..hahaha sila bersorak untuk aku! dan akhirnya kami buat keputusan untuk salin baju dekat umah aku..aku suruh jerk noni pinjam baju aku..maklumlah kami nie SEBADAN jadinya senang la kan..cuma dia kecik ckit jerk dari aku..hahaha CIKIT jerk ok! tak banyak pun...(perasan kurus jap) mak & abah duk gelakkan aku & noni sebab kena salin baju..ada ke patut??abah suruh ktorg amik gambar sebagai bukti!adeiii time kaseh lah bah!.habis salin baju terus pergi sekolah agama..tau jela kan bila da pakai baju kurung payah pulak nak bawak motor..adeiii malu sungguh sebab terpaksa mengangkang kiap kaki ku yang gemok ini...tapi takpela demi sijil aku yang dah berkurun zaman tok moyang tu sanggup ku redahi segala cabaran pun..cewahhh..merepek berganda lak jannah nie yee..ok FULL STOP! yang penting kegilaan kamera tu still ada..untuk tidak menghampakan hajat abah aku tadi..aku pun suruh lah noni tangkap gambar kami..

lama gilakk sijil-sijil tu jadik khazanah pejabat sekolah agama aku..mana tak nya..tahun 2005 - darjah enam, tahun 2006 darjah khas..dan masa aku sains dekat buku-buku sijil tu..ramai lagi yang tak ambil..yelaa dorang mesti malu nak ambil..yang pasti BAJU KURUNG & TUTUP AURAT itu wajib ketika mahu ambil itu sijil ya..peringatan kepada semua! ahakss...tapi bila aku tengok jerk sijil darjah khas tu memang aku tak puas hati sebab PANGKAT tidak tercatat dalam sijil sebenar...yelaaa aku ambil sijil tu pun sebab dapat PANGKAT SATU kan(riak sebentar)..balik umah terus aku selongkar carik slip result darjah khas dulu..semata-mata nak tunjukkan aku dapat pangkat satuu.hahaha bangga nie...pastu aku kembo semua sijil-sijil yang pernah aku dapat..dari sekolah rendah kepada sekolah menengah dan sekarang ini aku ingin kumpul sijil universiti pulakk..bahagiakan? ok la mls nk tapi da sebab aku puasa hari nie..lakkk padahal tak de kena-mengena pun jari dengan lapar kan? sungguh tak logik!

 inilah sijil PAFA,sijil darjah enam yang warna biru tu & sijil darjah khas serta slip warna krim..hehe..bangga tak? kelas bacaan al-quran aku semua A. tapi bila masuk exam darjah enam kantoi suda..ada satu A jerk..hehe nampak sangat main-main kan masa sekolah agama dulu..pastu masuk exam darjah khas pulakk..hamikkk kau! dua subjek faill..hehe naseb baik la lepas jugak dapat pangkat SATU...naseb naseb..
 
 sijil berikutnya adalah sijil aku join KEM REMAJA BISTARI..(KRB) anjuran TNB untuk anak-anak yang mak bapak nya kerja TNB..aku bernaseb baik sebab kakak aku kerja TNB jadiknya boleh la aku join bende alah nie..kem nie untuk peserta yang mengambil UPSR,PMR & SPM..tapi dorang buat setaun awal dari tahun peperiksaan. maknanya aku join kem nie masa form 2 & 4...seronokk sangat! tapii semua budak-budak KL..dorang semua pelik aku sorang budak JOHOR yang SESAT..haha malu dik NON! tapi aku buat muka selamba sajaa..dan dalam banyak-banyak geng dalam KRB tu hanya 4 orang jerk yang still contct dengan aku...NAD,AINA,DAYAH & MOON..sape sangka berkat aku amik emel-emel dorang sebelum berpisah dulu dapat jugakk FB & YM dorang..paling aku terkejut sekarang nie MOON sudah melanjutkan pelajaran dekat MOSCOW,RUSSIA dalam bidang perubatan..wahh MOON jadik DOKTOR kau yee..aku add FB dia dan blog dia jugakk katanya dia nak balik M'SIA nanti...kalau senang jenguk-jenguk lah blog dia k..MOONIE dia paling rapat dengan aku masa KRB..sebab kami satu group. ok stop cerita pasal KRB, masuk pula kepada Kem PJKN..anjuran Kementerian Belia & Sukan Daerah Muar..kem nie pun besh sangat walaupun jangka masa SEPULUH HARI tu agak lama tapii tak terasa sangat sebab enam hari di tapak kem manakala empat hari lagi di rumah keluarga angkat dekat FELDA LEDANG, SEGAMAT.. best wooo..first time aku rasa kehidupan di rumah kampung dengan tandas nya di luar..haha SERONOK even nak berak pun takot-takot..yelaa tandas kat luar kan? kot laa ada ular ke org ngendap ke kan ke tak naya tu? tapi kalau da perut duk memulas jerk semua tu memang aku tak pikir da! hehe..habis cerita tentang PJKN..lastly, camping yang paling mencabar kowt aku rasa bila join BTN. dekat GUNUNG PULAI,JB..kem birotatanegara..perghh bayangkan lah ktorg kena masuk hutan pukul 2 pagi..dengan perjalanan yang agak jauh diikuti dengan jelmaan hantu oleh para FASI..beserta hujan yang agak lebat menjadikan aku serik untuk pergi ke BTN lagi..hahaha..serius beb..yang tak boleh blah tu boleh pulak dorang buat-buat hantu! memang saja lah kan nak kena maki hamun free dengan aku...hahaha time tu sekolah aku hanya menjadi jemputan sajaa..sekolah yang betol-betol ikut serta adalah SEKOLAH SERI MENANTI & SEKOLAH PEKAN BARU..weeee seronok dapat berkawan! eheh...so hantu-hantu tu tak kisah lahhh..tapi yang pasti dekat sanalah terdapat Flying FOX yang paling seram & paling tinggi yang pernah aku naik sebelum nie..sumpah tak nak naik daaa! hahahaha...


 dan ini pula adalah sijil-sjil aku sepanjang setaun aku bergelar pelajar UPSI..haha setakat ini hanya mampu kumpul tiga sijil saja..tapi sepatutnya ada empat untuk sijil ZAPIN tapi sampai sekarang tak dapat lagi..pengalaman berharga sebab terpilih jadik EXCO BLOK KEDIAMAN KHAR..aku memegang jawatan sebagai KETUA ARAS 9....sebab terlalu sibuk dengan meeting dan sebagainya aku tak de masa untuk enjoy dengan kawan-kawan...sampai Cik Munira Muhiyddin pun merungut dengan aku..hahaha..sorry lah beb! yang pastii..aku sanggup tau ponteng meeting sebab nak lepak dengan kau! hehehe..semua salah kau! tapi lepas itu CIK MOON itu berminat pula menjadi EXCO seperti aku..katanya semester depan dia ingin memohon jawatan EXCO SUKAN & REKREASI..hehe aku pulak insyaallah mahu memohon EXCO MEDIA & KOMUNIKASI sebab nya aku tertarik sama itu KAMERA NIKON kepunyaan JMK..hehehe moga kami terpilih nanti..AMIN!

apa-apa pun semoga anda semua terhibur membaca blog sy yang tak seberapa ini...:)

3 comments:

eida asnida said...

perghhh...kerani tu abang lah sngat kan!! pakcik kot doe...kalau 'abang' dah segan aku!!!! btw, thanx for the baju ya!

Ct NuRJaNNaH said...

noni: ahaha..relax suda..saje aku nak bagi dia terasa MUDA

eida asnida said...

aha! pasni ingt yer kawan2! kalau pegi pej AGAMA atau Pend AGAMA ke....atau apa2 pej yang ader nama AGAMA jgn lupe pkai baju kurung!!!!!