Selamat Datang ke blog saya. Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow juga ye.

Dear Followers

Monday, May 24, 2010

Hari Sabtu yang menggembirakan :)

SABTU? apa yang ada pada hari sabtu? kalau orang lain memang tak kisah sal hari sabtu! tapii aku kisah! sebab cuti kerja dan boley lepak selepak lepaknye kat rumah. tapiii aku tak lepak pown kat rumah..haha...aku bodek dan pujuk abah supaya bagi aku pergi Melaka dengan kak yan. ingatkan nak berdua jerkk..tapii tetibe gatal pulak tangan nie nak msg NONI dan SHU ajak mereka sekali. cehh skema noh ayat aku! suke dorg aku ajak jalan-jalan ek...

ehmm rasanya dah terlalu banyak aku merepek. so korang sure-sure memang tak kan paham. baiklah. aku akan menceritakan dari awal sampai akhir cerita hari SABTU aku aritu. al-kisah...toyyyiiibbb! 'Sang Kancil datang beramai-ramai menghadap Sultan'..okk aku windu akan dialog dalam cerita Pendekar Bujang Lapok itu. dah double merepek lagi JANNAH nie. kisahnya macam nie.ok tolongg bagi perhatian ye. 'bangun pagi gosok gigi,cuci muka,pakai baju...blablaa...hahaha korang mesti saket haty jerk kan. yelah yelah aku mulakan cerita nie.

pagi-pagi Sabtu, aku menjalankan kewajipan seorang Islam. solat subuh pada pukul 7pagi..okk MAAP sebab bangun lambat. TAK SENGAJA okkk! ehmm pastu aku ajak SHU pergi TANJUNG EMAS. layan J-ROBIK,POCO-POCO dan CHICKEN DANCE. ahah..jangan sangka orang MUAR kolot..kami pown tahu ape itu poco-poco taw! sangat teruja dengan step by step nya. korang jemputlah datang ke MUAR ye! 3hari 2malam di RUMAH CT NURJANNAH. ok merepek lagikk! selepas sesi kuruskan lemak tepu di badan aku,SHU,KAKAK DIA,NONI dengan ADIKNYA lepak-lepak kat kedai mamak depan bustand. haha LAYANNNN DOWH TEH TARIK dengan TEH AIS diaa..aku yang tamak TON telah mengORDER TOSAI 2..ok FINEE jangan tanya kenapa aku makan 2 TOSAI sebab memang dah kebulur benooo dah nie. tapiiiiiii sesampaii jerk TOSAI aku tuhh..MAKK OIII GABAK nooo TOSAI aku..hahahaha tu lah padah kalau dah tamak+kebulur sangat. ketat pewot aku nak habisskan TOSAI GABAK tu.

pas senam dan makan. balik rumah mandi dan siap-siap ke rumah abg Arif,anak Mak Ngah aku. dia buat makan-makan la pulakk..lakk padahal tadi dah makan TOSAI. patutlahh JANNAH cmnie...haha NGUTUK aku lah tuh kan kan...sampai jerk rumahh abg Arif..ktorg dijemput makan ketupat+rendang daging+kuah lodeh+kari ayam= makin berdouble lah lemak aku! dan dan tidak lupa jugakkk pencuci mulut iaitu kuih TALAM LAUK( FAV AKU) dan puding cendol. SUMPAH SEDAP OKKK! banyakkk kali tambah macam pagi tadi tak penah makan! hehehe...welll u know meee...

pas makan-makan. ready to go to Melaka! horeyyy horeyyy angkat tangan dan kaki. tolonglaaa aku suka sangat dapat jalan-jalan walaupun hanya ke JUSCO. tujuan ke sana sebenarnya untuk membeli barang kewanitaan ku..hahaha MURAH DOWH pakaian dalaman dekat SCARLET tuh. JUSCO terbesar dekat MELAKA memang terbaikkk ahhh! aku rasa ade standard THE MINES jugakk laa besooonyeee. luas pown luas bak kata aku kau orang nak tergolek terlentang kat JUSCO tu pown boley. tapii tengok line clear ke tak takot PAK GUARD halau kau orang jerk nanti. hehe..pas puas dah shopping menyopping..aku,kak yan,kak liza(kawan kak yan), shu,noni dengan oya(adik noni) carik surau untuk solat. pas solat sure r kan perut munyik-munyik mintak di isi..dann kami kamiii cariklah tempat makan yang pekena dengan selera mentah kedarah kami nie. dannn kami memilih BURGER KING sebagai pilihan. aku pown sumpah baru first time makan kat sana..ley tahan rr burger dia..AHH KAU JANNAH JANGAN DI TANYA SEDAP KE TAK MEMANG KAU BEDAL JERKK SEMUA KANNN! hahaha taw xpe! sedang kami makan dan makan tibe-tibe aku terasa nak tengok jam kat tangan. mintak kak yan maybe dia letak dalam beg dia. TAPIIIIIIII! tadeeee dan jam aku maybe tertinggal kat surauu..waaaaaaaaa! sedihhhnyaaa setelah berkurun aku pakai jam tuu boley ilangg pulakkk... so pada sapa-sapa yang sayang kat aku,tolonglah hadiahkan JAM TANGAN kat aku. beli kat pasar malam pown tapeee bukan aku tahu harga bape pown..hehehe tapi kalau boley dalam rm100 lebihh r..hahaha JANNAH DEMAND! pikir ada orang nak layan kau ke???

ok sekian. thanks sudi baca entry aku kali nie yang agak panjang dan lebar seperti aku! gambar-gambar akan diupload kemudian sebab lupa nak bluetooth dekat hp baru NONI.

2 comments:

eida asnida said...

pergh...memang ko merepek tahan gaban tahu tak?? aloyai.....

Ct NuRJaNNaH said...

hahahaha wekkkkkkkkkk!