Selamat Datang ke blog saya. Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow juga ye.

Dear Followers

Saturday, May 15, 2010

Happy Besday to Asyraf & Selamat Hari Guru


 Muhammad Amir Asyraf telah dilahirkan pada 16 Mei 2008. masa tu aku masih bersekolah dan berada di Tingkatan 5. ahaksss..kalau korang nak tahu..dari kak ude bersalin sampai kak miza pastu kak fara. anak-anak dorg semua aku yang jaga dan masa dorg bersalin kat Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor. aku lah dok menunggu dorg masa dorg ada dalam wad bersalin. haha memang pengalaman yang paling manis tol. alhamdulillah semua kakak-kakak aku dan kakak ipar aku selamat bersalin secara normal. dan orang yang paling gembira sekali mestilah aku! haha sebab aku sudah tua dan telah menjadi Mak Su kepada mereka-mereka semua. 

tapiii dalam banyak-banyak kes bersalin yang aku telah alami. 'ceh ayat macam aku jerk yang bersalin ek' paling lawak sekali masa Si Asyraf nie ler. kebetulan abg sedara aku merupakan seorang doktor di hospital Muar. jadik mudah la nak uruskan macam-macam hal kan. dan abg aku pulak memang baik sangat-sangat dengan abg Mad tu. ada ke masa kakak ipar aku dalam wad bersalin ' masa tu baru sakit-sakit ja lom nak bersalin lg' aku dengan abg,abg Mad,mak dan abah elok ja lepak kat koridor depan wad bersalin tu.hahaha lawak kowttt sambil berbekalkan Murtabak Singapura ktorg makan macam 10 hari tak makan. yang abg Mad pown ikott bedal sekali murtabak tu. tade nye doktor macam dia nak jaga-jaga badan ka. hahaha..besh woo! aku tak ingat pukul berapa Asyraf lahir tapiii dalam pukul 12am-1am jugakkk la. masa tu aku dah tersengguk-sengguk da kat kerusi depan wad tu dok tunggu proses kelahiran. dah la esoknya kena pergi sekolah raikan Hari Guru. akhirnyaaaa pukul 2 pagi korg balik rumah jugakkk. biar abg aku jaa yang settlekan hal kakak ipar aku. masa tu ktorg sempat jugakk tengok Asyraf kejap sebelom balik. eheh...to Asyraf mucuk sayang Mak Su. I Love U dan semoga Asyraf membesar dengan sempurna bersama didikan agama dan pelajaran yang cemerlang! Muaxxx!
 
dan kepada guru-guru aku kat Sekolah Tadika Islam, Sekolah Rendah Sultan Abu Bakar (2), Sekolah Agama Pesta, Sekolah Agama Sungai Abong, dan Sekolah Menengah (P) Sultan Abu Bakar yang semua nya terletak di Bandar Muar. saya Siti Nurjannah Binti Mohamed memohon seribu keampuan sekiranya terlalu banyak kesalahan yang telah saya lakukan kepada cikgu-cikgu semua. Sesungguhnya yang buruk itu datang dari saya dan segala kebaikan itu datang dari Allah jua. dan terima kasih berbanyak-banyak atas segala ilmu yang telah cikgu-cikgu semua taburkan kepada saya. Insyallah, hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas segala jasamu dan baktimu yang telah dicurahkan kepada saya. amin! Kerana cikgu-cikgu lah saya telah berjaya sampai ke tahap ini. Alhamdulillah.

dan dan tidak lupa jugaaa kepada kakak aku Marlina Binti Mohamed yang sedang bertugas sebagai guru prasekolah kat Sekolah Pengkalan Ara, Teluk Intan, Perak. Selamat Hari Guru kak...dan selamat bertugas dengan jayanyaaa! kak ude da banyak tolong Jannah. sejak org pergi interbiu sampailah org dah masuk sem dua nie. memang banyak dah org susahkan akk dengan assgment org. haha tapii org tau akk memang banyak pengalaman dan sebab tu org memang suka susahkan akk! haha nanti cuti sem depan org lepak umah akk eh. tapiii tu pown kalau akk tak pindah KL lagi la..:) pelok cium utk Hadi dan Haris ye...windu gileee dengan dorg!


No comments: