Selamat Datang ke blog saya. Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa follow juga ye.

Dear Followers

Wednesday, May 5, 2010

baru dapat updateee...kerja?huh...:(

3 hari tak update blog rasa macam 3 minggu lamanya....3 hari kerja rasa macam 3 bulan lamanyaaa..pehal aku cakap cina nie? ok finee! aku kerja di Tadika Cina so cakap pown ala-ala cina jugak lol..apakah perasaan anda setelah bekerja selama 3 hari? saya rasa sangat berbangga sebab kena buli dengan murid-murid di tadika itu! haha teruk dowh! giler kepala otak aku nak layan kerenah dorg tu. meh aku ceritakan sedikit sebanyak tentang Tadika Gemilang Indah itu. Tadika tersebut mempunyai 6 orang guru yang mengajar. Choo,Julie,Boon,Lew,Ong dan Lim. tapi Lim sudah berhenti kerja sebab dia suda sambung belajar. Maka dengan ini segala tugas Lim telah diambil alih oleh aku. Oleh sebab aku tahu nama aku memang susah nak sebut so bila dorg tanya apa nama aku, aku just suruh dorg panggil aku aNa jerk. cukup mudah, ringkas dan inovatif. hoho...saksikan babak seterusnya:

Hari Isnin (first day kerja):
  • tugas aku untuk minggu pertama ini adalah mengelap meja dan komputer yang ada dalam bilik komputer.
(senang kan?)
  • then, aku disuruh membuat invois untuk kilang husband owner tadika tu. 
(patut lah kaya dowh)
  • tiba-tiba pukul 12 pm Julie mintak tolong aku jaga kelas Kids 1 (K1) iaitu murid-murid darjah 5. kau tahu jela bila dah org Melayu bercakap dengan org Cina (budak-budak plak tu) celah mana nya nak paham. tapi thanks a lot to flash card yang banyak membantu aku. dan bila aku tunjukkan flash card pada dorg. wah! impressive mereka sangat pandai dan bijak. semua dorg dapat jawab dengan betol. oleh sebab flash card itu berbaur BI terpaksa aku speaking. perghhh tergeliat lidah aku nie. tapi yang aku bangga sangat-sangat dorg panggil aku 'TEACHER'..haha bangga kau! tapi ada gak yang saje usik aku dengan panggil aku 'KAKAK'. masa abah amik aku balik , dorg kata ' Bai bai teacher!' sambil melambai-lambaikan tangan. terharu kowtt.. 
(tyme nie rasa macam da tak sabar-sabar aku nak jadik cikgu)
  • pukul 1 - 2 rehat dan aku balik rumah..tak sampai 5minit dah pown sampai umah aku. hahaha

  • pukul 2 - 4 petang, aku di suruh mengajar budak-budak darjah 4-6. dan cekkan buku-buku sekolah mereka takot mereka sembunyikan kerja sekolah. ada dua orang budak lelaki nie memang sangat nakal dan suka menjerit! aku rasa macam nak rendam dorg dalam bath up okkkk!

  • pukul 4-6petang. aku sambung semula invois dan kira-kira dan resit dan sebangainya. sebab dorg ade kelas tuition...

(6-6.30petang wajib tunggu di pintu gate hantar dorg sampai ke kereta makbapak org)

Hari Selasa (hari jadi aku)
hari nie dah mula busy dengan kerja yang macam-macam. mcm biasa mulakan dengan lap komputer. selepas itu tolong Boon cek buku kerja dan sebagainya. tibatiba Boon kata aku kena mengajar untuk kelas Kids 2 (K2) iaitu murid-murid darjah 6 dari pukul 12-1pm. fuhh ingatkan senang tapiiiiiii...nauzubillah! nakal nak mamposss walaupun just 5 orang jerk dalam tuh. sebab yang lagi 3 dah balik pukul 12. yang ini memang tak ley blah...tyme aku masuk dorg diam lagi tapi da dekat 30minit bdk2 lelaki just 2 orang tapi macam 20 orang tu memekak jerk. aku pown dah tak tahan biarkan jelaa..lantak korg lah...haha...tapi sorg tu encem n cute! dia manja dengan aku. siap nak colour buku pown tanya aku warna apa nak pakai. dorg panggil aku ' Lau Sher' meaning is CIKGU. yesss bangga lagi kembang kuncum idung aku. :) jangan kau jelez! untuk hari nie aku ajar membaca buku cerita PETER & JEAN...mereka baca sangat lancar dan sangat laju!

 petang pula seperti biasa dari pukul 2-4 aku perlu cek homework dan tolong ajar dorg subjek BM & BI. bajet macam pandai sangat lah BI. alaaa takat BI darjah 4-6 sure boley jawab! haha berlagak nooo...
pukul 4, dorg ada tuition dan aku disuruh sambung cek buku-buku yang melambak tu. aku kena cek tarikh dan cop dan sign dekat kertas dan buku-buku. adoyaiii yang nie yang xley blah...dulu aku just tengok abah cop sana sini dan skang turn aku pulak main cop-cop.

(pukul 6-6.30 petang still tunggu makbapak dorg datang ambik)

Hari Rabu (hari paling penat)
 8.45am-10am : hari nie adalah hari yang sangat letih dan rasa macam nak berhenti kerja! pagi-pagi macam biasa lap komp. pastu aku sambung tolong Boon cek buku-buku dan cop dan sign.

10am-10.30am : rehat sambil minum air cincau yang dibuat oleh orang gaji indon tapi kakak itu sangat lancar berbahasa Cina. dan aku tersangatlah kagum dengannya.

11am-12pm : aku menolong Boon padamkan kertas-kertas untuk ujian mereka. dan perlu potostat yang sangat banyakkkk! susah kit sebab kena gunting kertas kecik-kecik dan tampal pada kertas ujian itu untuk tutupkan jawapan yang mmg dah ada. korg paham x??? tak paham dah!

12pm-1pm : aku mengajar K2 subjek BACAAN. adoyaiii...murid-murid perempuan sangat baik dan buat jerk apa aku suruh tapi budak lelaki memang degil! aku suruh baca dorg tak nak aku suruh baca dorg menjerit dekat aku! alahaiii aje gileee aku nak melayankan perangai dorg tuh. 

1pm-2pm : rehat dan aku balik jalan kaki sebab aku tunggu kak yan tak amik-amik. makan-makan jap siap tambah 2 kali coz mak masak Spagetti Bolognese arini. (my Fav) sambil tengok Macam-macam Aznil.

2pm-6.25pm : masuk jerk tadika owner tu kata tade tolong homework lagi. dia just suruh aku sambung kerja Boon yang potostat kertas-kertas ujian dan revision. mula-mula ok lagi tapi dah lama-lama pening gakk kan kepala otak aku dengan mesin potostat nya dengan kertas-kertas nya...dan paling saket haty aku kena marah dua kali oleh owner tu : 

1) aku telah mencampurkan kertas Ujian K1 dan K2 dan bilangan yang aku potostat salah!
(sesi bela diri- macam mana lah aku tak salah copy kalau dia sendiri yang campurkan kertas-kertas tu! dah tu bukan nak terangkan betol-betol kat aku kan...)

2) dia mintak aku copykan satu jadual untuk cikgu kelas tuition pastu dia just selitkan dalam buku ape tah. aku ingtkan buku tu cikgu tuition tu punya sebab dia tak kata pulak bagi pada dia pastu. then, aku bagi la jadual yg aku da copy tu dengan buku sekali. tibe-tibe dia kata ' ana, mana buku yang saya suruh awk copy tadi?' aku pown dah cuak aku kata lah aku da bagi pada cikgu tuition tu. dia terus kata 'hah? awk bagi buku tu pad dia?, buku tu buku saya, macam mana sy mahu ajar malam nie kalau buku tu tade? aiyoooo..'

dah tu dia kata dia da pesan kat aku buku tu kena bagi dia balik. lakkkkkkkk agak kalau kau jadik aku apa yang kau rasa??? terbakar x?? ngeeeeeee :((((((( then, aku pown siap-siap lah kemas dengan muka tade perasaan aku bukak pintu bilik dia sebab nak bagi kertas-kertas yang belom siap potostat lagi, (sambung esok jela) then, owner tadika tu cakap lagi (nada marah) " lain kali kalau potostat yang original bagi pada sy semula" blablablablabla.....(aku pekakkan tinge dan angguk-angguk saja) tutup pintu dan tunggu kak yan datang, tyme tu rasanya macam nak meraung dah! naseb lah aku tak nanges kat ctu jugak. elakkkkkkk esok aku bagi notis berhenti kerja 24jam! hahaha bajet kau EXECUTIF je Jannah!

tu jela yang aku nak cerita buat masa nie. dan esokkk tak tahu lah apa pulak kerja aku. dannn yang penting the moral of this day...aku perlu lebih Fokus dan Fokus! kemahiran yang telah aku pelajari adalah sudah pandai menggunakan COP dan MESIN POTOSTAT. hahahaha :) Finish OL ready.

first day kerja ( abah suruh pakai baju kurung)

nie lah budak-budak K2 yang nakal

peace...:)

sweet lil gurl wif my encem lil boy Darren ( sekali tgk macam Ju ON pown ada dak laki tu ekkk)
hahaha jahat gilee aku!

semoga hari esok pulih seperti biasa..amin!
adat lah kerja kalau tak kena marah memang tak kerja namanya tuh.
well...kerja ini amat mematangkan aku dan menjadi pengalaman berharga untuk aku jadikan teladan pada masa hadapan...ceh wah!

5 comments:

putrinurulnabihajasmi said...

miahaha . chaiyokk laa Jann . semoga lebih berjaya menjaga kanak kanak itu . amik pengalamann kott . tahniah tahniahh . :)

Ct NuRJaNNaH said...

huhu
thanks beb
pale nak pecah da nie
hahaha

rad said...

ini macam cikku muleh melaja bahase cinee, ate pandai nanti muleh buka sendili punya tadika cinee. Packnya jadualnya.

MuniraMuhiyddin said...

jann , best pulak aq tgk ko da kje . kene marah uh biasa lah beb . aq dlu kje kilang kene tengking dpn org . air mata da bertakung :(( . nway , gud luckk . nxt sem jann blnje siakap sweet sour . hurey !

Ct NuRJaNNaH said...

rad: haha apelaa malas ma mau layan itu bdk2 cineee...ngarutttttttt!

moon: haha sure ikan siakap tiga rasa utk kau...BESAR PUNYEEE!