Salam Semua , harini aku nk story skit pasal perkembangan abah . Alhamdulillah , setakat ini aku dengan mak lah yang jaga abah sebab akak-akak dan abang semua tinggal jauh . Tapi hujung minggu ada jugak dorg balik Muar jenguk abah , apa yang aku buat setiap hari adalah bawak abah pergi Ozone Therapy & Wellness Care Centre dkt area Giant dan lepas tu tolong mak dekat rumah . Malam pulak aku cuci kaki abah , as yg aku pernah ckp dulu ibu jari kaki abah aku dah amputed dan sekarang nih aku dengan adik-beradik aku just cuba sedaya upaya untuk sembuhkan abah semula :(
Dan oleh sebab abah kurang sihat , konvokesyen aku dekat UPSI pada 9 Mei 2012 pown agak suram dan samar sedikit . Perit jerih selama 3 tahun belajar dalam bidang Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di UPSI menyebabkan aku gagahkan jugak diri ini menghadirkan diri ke Majlis Konvokesyen. Sayu jugak hati ini bila on the way pergi UPSI dari Kajang (rumah abg aku) dengan akak aku dan dia seorang jerk dapat temankan ku sebabkan yg lain kerja. Sampai UPSI abah call Kak Yan dan abah menangis sebab tak dapat tengok aku konvo :( dan aku semakin sayu tapi aku kuatkan semangat jugak walaupun feel nak konvo tu dah hilang ntah kemana . Selesai jerk konvo , aku terus pulang jubah dan amek transkrip segala bagai tuh dan pergi fakulti utk amek sijil dekan sem 5 dan aku harap segala hutang aku selama aku belajar dekat UPSI sudah langsai .
Habis settle konvoksyen aku , ktorg semua pakat nak balik Muar semula selepas sebulan lebih aku, abah dan emak tinggal di rumah abang aku di Kajang. Tapi ianya memudahkan sikit lah aku nak bawak abah pergi therapy sebab nya Muar ni kecik jerk tak lah macam dekat KL tuh..hari-hari kena pergi bawak abah therapy dekat Bandar Sri Permaisuri sebab ozone dkt sana jerk ada buat dressing sekali dan kos nak pergi sana daripada Kajang pown agak cekik darah. So senang sikitlah kalau ozone dkt Muar nih even takdelah dekat sangat dengan rumah aku tapi still lah tak sejauh dari Kajang ke Bandar Sri Permaisuri ittew :')
Semoga abah cepat sembuh dan aku nak ucapkan tahniah pada kakak aku yang sulung sebab dia konvo hari nih iaitu 19 Mei 2012 di Dewan Besar UiTM , Shah Alam . Juga semoga aku dapat melanjutkan pengajian kepada Ijazah Sarjana Muda , AMiN :)
Muka terlalu bahagia tapi dalam hati hanya Allah saja yang tahu !









